Seorang remaja lelaki, Maulud Riyanto dipenjara 13 tahun selepas didapati bersalah kerana menikam seorang individu. Dia bertindak demikian kerana mangsa yang juga jirannya itu telah merogol ibunya hingga hamil, enam tahun lalu.
Detik News melaporkan,ketika si ibu dirogol, Maulud baru dibangku sekolah rendah dan tidak berani membalas kejahatan si perogol. Oleh itu, dia menyimpan dendam sehinggalah dia remaja dan mempunyai kemampuan untuk membalasnya. Maulud telah mencederakan teruk perogol berkenaan di bahagian tulang rusuk sebelum lari tinggalkan lokasi itu. 10 jam kemudian, pihak polis berjaya menahan Maulud.
Menurut Maulud, dia berbuat demikian kerana tidak sanggup melihat penderitaan dan trauma yang dilalui si ibu sejak menjadi mangsa rogol. Meskipun Maulud dianggap sebagai seorang ‘hero’ keranan memperjuang serta mempertahankan maruah si ibu, namun tindakannya tetap salah di sisi undang-undang. -CARI |
Suchi replied at 7-12-2022 06:27 PM
Bkn mak dia je trauma anak dia juga, sampai dia menyimpan dendam.
Perogol tu tak dihukum ker selama ...
Manjahati replied at 7-12-2022 09:20 PM
Harapnya perogol tu mati terus..hidup menyusahkan org
ellejo replied at 8-12-2022 07:08 AM
ko bomohkan aje sampai mati.
tak payah masuk penjara. berguna juga berpikiran kolot
ADVERTISEMENT