CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Merajuk Disisih Portugal, Cristiano Ronaldo Kebudak-Budakan?

7-12-2022 05:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 902| Komen: 2

Cristiano Ronaldo dilihat kecewa dan tidak bersama rakan-rakan meraikan kejayaan Portugal membelasah Switzerland 6-1 dalam aksi 16 pusingan terbaik Piala Dunia Qatar pada Selasa.


Ronaldo dilihat meninggalkan padang menuju ke bilik persalinan ketika pemain lain masih lagi bergembira dengan kejayaan Portugal mara ke peringkat suku akhir itu.


Reuters

Kapten Portugal itu tidak berada dalam kesebelasan utama pasukan selepas digugurkan pengendali, Fernando Santos.

Santos tidak menyukai sikap Ronaldo yang tidak berpuas hati ketika digantikan semasa menentang Korea Selatan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Jumaat lalu.

Ketiadaan Ronaldo dalam kesebelasan utama pasukan tidak mengundang masalah kepada Portugal apabila pasukan Eropah itu tampil cemerlang selain pemain muda, Goncalo Ramos turut meledak hatrik.


Ronaldo hanya dimasukkan sebagai pemain gantian ketika permainan berbaki 17 minit.

Santos turut menegaskan meletakkan Ronaldo di bangku simpanan adalah sebahagian daripada taktikal pasukan.


Sumber: Sinar Harian





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 8-12-2022 04:48 AM
Makin tua makin cepat sentap abg do
Quote KamikuP 8-12-2022 11:53 AM
Dia superstar dia berhak utk berlagak Diva.. apoo

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.460357 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top