CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penganggur Cucuh Isteri Dengan Puntung Rokok, Tumbuk Anak Sebab Tak Dibelikan Rokok Dipenjara 9 Tahun

7-12-2022 05:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1142| Komen: 12

Perbuatan kejam seorang penganggur mencederakan isteri dan dua anaknya kerana berang tidak dibelikan rokok, terbalas apabila dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun atas empat pertuduhan dalam prosiding berasingan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini.


Tertuduh, Rony Abraham, 37, yang berketurunan Filipina dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan pada sebutan semula kes itu hari ini.


RONY Abraham dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun atas empat kesalahan mencederakan isteri dan dua anaknya.FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh dijatuhi hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Nazifah Mohd Salleh, 38, dengan mencucuh puntung rokok di lengan kanan dan di tepi mata sebelah kirinya di rumah mereka di Bukit Tempayan, Tanjung Kling pada 17 Oktober lalu, antara jam 7 pagi hingga 11 pagi.


Dia didakwa melakukan kesalahan Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326 A kanun sama, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman itu.

Hakim Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 23 Oktober lalu dengan menimbangkan fakta kes, rayuan dan hujah pendakwaan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon hukuman ringan atas alasan dia kurang kesedaran ketika kejadian akibat penyakit sawan dihidapinya selain masih berkahwin dan anak-anak masih kecil.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh atas kesalahan dilakukan.

Katanya, laporan psikiatri menunjukkan tertuduh faham sifat dan akibat perbuatannya selain mempunyai sejarah penggunaan barang terlarang.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, tertuduh turut mengaku bersalah atas tiga lagi pertuduhan mencederakan isterinya dengan cara memukul pipi kiri dan seluruh badan dengan menggunakan tangan.

Tertuduh turut didakwa memukul dua anaknya, Aryana Jasmyn Abdullah, 13, (tumbuk mulut hingga berdarah) serta Mohamad Adryan Danial, 12, (tendang belakang badan) di tempat, tarikh dan masa sama.

Bagi kesalahan itu dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326 A kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan.

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman dalam penghakimannya menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan bermula dari tarikh sabitan hari ini.

Timbalan Pendakwa Fiqri Hakim Zamri yang menjalankan pendakwaan memohon hukuman berat dan setimpal dikenakan kepada tertuduh kerana kesalahan adalah serius terhadap isteri dan anak-anak.

"Perbuatan tertuduh jelas melanggar tanggungjawabnya sebagai bapa dalam menjaga, memberi makan dan mewujudkan suasana harmoni dalam keluarga," katanya.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 7-12-2022 05:36 PM
tak guna punya bewak
elok kena bomb idup2
Quote asfaz 7-12-2022 06:39 PM
Isteri tu boleh la mintak cerai. Tak guna nak tunggu jntan macam ni. Takyah bagi alasan bertahan kerana anak2
Quote Meiizu 7-12-2022 08:38 PM
1st tahniah pada isteri yg tak tarik balik kes.
Now boleh proceed mintak cerai
3thn laki tu dlm penjara mana tau dpt jodoh & life yg lebih baik..amin
Quote orgsepang 7-12-2022 09:18 PM
Demi rokok.
Quote sukacactus 7-12-2022 10:08 PM
Kejamnya lah hai buat family sdr gitu
Mmg elok masuk dalam pun
Igt nama ni kaum hawa, takut kot terkahwin plak bila hantu ni keluar nnt
Quote intan244 7-12-2022 11:46 PM
moga meninggal dalam penjara.
Quote sangbara2020 8-12-2022 08:16 AM
ngisap dadah ke
Quote otai_g 8-12-2022 08:25 AM
Punya la rmi rakyat msia, org pilipin jgk yg ko pilih. Nasib ko lah.
Quote Kitty_catz 8-12-2022 08:28 AM
moga2 keturunan meols takde yg jd acamni

hat laki jadi bewak
hat pompuan dapat laki bewak pakej mendadih dan mendera

amin
Quote elzy 8-12-2022 08:35 AM
cikatilia: tak guna punya bewakelok kena bomb idup2


Lain macam perangai bewak import, lengkap pakej tak guna..

Quote boo08 5-12-2024 08:12 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Quote boo04 9-12-2024 08:13 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.186289 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top