Mungkin ada yang tahu, namun buat yang tidak tahu, amalan mendekorasi dan mengubah suai kediaman merupakan perkara yang sama sekali tidak menjadi keutamaan buat masyarakat Cina.
Perkara itu dikongsikan seorang lelaki mualaf berketurunan Cina, Adam Kelvin di Facebook. Menurutnya, masyarakat Cina lazimnya melakukan dekorasi atau renovasi yang sangat minimum, atau pendek kata, hanya mengikut keperluan. "Kalau renovate pun, kami pastikan renovasi yang penting-penting dan amat berguna saja. Contohnya, buat table top dan kabinet dapur atau pun extend ruangan dapur untuk buat laundry," katanya yang mendedahkan masyarakat Cina lebih gemar memilih perabot dan perhiasan ringkas.
Tidak perlu nampak mewah untuk buat tetamu takjub. Sudah terbiasa dengan kelaziman tersebut, Adam melahirkan rasa hairan apabila ada segelintir individu yang sudah mampu membeli rumah, namun tidak menghuninya atas alasan mahu mengumpul duit untuk tujuan renovasi dan dekorasi. Tambah Kelvin lagi, lazimnya masyarakat Cina akan menghabiskan wang untuk tujuan pendidikan, melancong dan perbelanjaan makanan. Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT