CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Dibunuh Kejam Gara-Gara Tak Bayar Hutang, Tangan, Payudara Dan Telinga Dikerat

7-12-2022 04:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2525| Komen: 28

New Delhi: Gara-gara tidak melunaskan hutang dipinjamnya, seorang wanita di Bhagalpur, Bihar, India dibunuh kejam dengan tangan, payudara dan telinganya dikerat.

Penguasa Polis Bhagalpur, Swarna Prabhat mengesahkan identiti mangsa sebagai Neelam.

Beliau berkata, wanita itu meminjam wang daripada Shakeel Miyan untuk membiayai majlis perkahwinan anak perempuannya, namun dia gagal membayar balik pinjaman itu.

Foto: Agensi

Katanya, kejadian itu tidak membabitkan isu keganasan perbezaan etnik dan agama.

Namun, mereka meningkatkan kawalan dengan menempatkan pasukan di kawasan berhampiran jambatan Scindia sebagai langkah berjaga-jaga.

"Shakeel Miyan dan Juddin Mian menyerang wanita itu pada Sabtu lalu.

"Wanita itu juga mengalami luka tikaman di kepala dan belakang.

"Namun, tiada siapa yang datang membantunya. Sebelum tidak sedarkan diri, Neelam menamakan penyerangnya dan ia dirakam telefon bimbit saksi," katanya.

Katanya, keluarga membuat laporan dan kedua-dua suspek akhirnya berjaya diberkas.

"Siasatan mendapati mangsa dan penyerangnya berjiran dan mempunyai hubungan mesra.

"Dia meminjam wang daripada lelaki itu untuk majlis perkahwinan anak perempuannya tetapi tidak dapat membayarnya semula hingga mengakibatkan suspek menyerangnya dengan senjata tajam.

"Mangsa diberi pertolongan cemas di hospital tempatan sebelum dirujuk ke Hospital Perubatan Jawaharlal Nehru, namun dia meninggal dunia ketika menerima rawatan," katanya seperti dipetik agensi berita ANI.

Suami mangsa mendakwa, Shakeel Mian membunuh isterinya kerana dia enggan membenarkan lelaki itu datang ke rumah mereka.

Lelaki itu sering datang ke rumah mereka, namun kedua-duanya bertengkar kerana isu kewangan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 7-12-2022 04:43 PM
putihnya yg 2nd from left tu


Quote cheezel 7-12-2022 05:21 PM
Seramnya dah mcm mexico kerat2. Pastu india2 ni berkoyan2 plk dtg melezia
Quote imransulaiman 7-12-2022 09:15 PM
Macam rupa laki lopak yang putih tu!
Quote intan244 7-12-2022 11:29 PM
anak punya pasai. sendiri nak kawen sendiri cari duit la, menyusahkan mak bapak. kesiannya kena kerat mcm2x.
Quote ellejo 8-12-2022 07:11 AM
semalam tgk dokumentari india, mak ayah berhutang bertahun2 semata nak kawenkan anak pempuan dorang. yg islam dan kristian aman2 sajork
Quote makita 8-12-2022 07:41 AM
Meols rasa lagi mulia makcik kene bunuh ni dari mak pak meleis. Mak pak meleis suh ank buat loann.
Quote adeqbun 8-12-2022 09:39 AM
kesiannya..dh la xtrus mati...
Quote rosedemon 8-12-2022 10:39 AM
apa nak heran negara tu
Quote Kitty_catz 8-12-2022 11:33 AM
Edited by Kitty_catz at 8-12-2022 11:34 AM

Moga2 acik porom lobang lobos poojaaan poremer jenjantz kepam dlm ni tak kena kerat tetek sebelah.. kang cacat kekal nokss hanya utk 3,4 ribooo itewww



Sayangilah tetek anda… jauhilah berutang juga berzinaaaaa
Quote ifanonline 8-12-2022 11:34 AM
harap rakyat  malaysia boikot drpd pergi melancong ke India..memang pusat rogol dunia di sana
Quote ifanonline 8-12-2022 11:35 AM
Kitty_catz replied at 8-12-2022 11:33 AM
Moga2 acik porom lobang lobos poojaaan poremer jenjantz kepam dlm ni tak kena kerat tetek sebelah..  ...

lubang kitty lobos tak?
Quote ReginaGeorge 8-12-2022 11:46 AM
Negara kita sendiri pon ada juga kes macam ni, dibunuh sebab tak bayar hutang dengan along. Rakyat gagal urus kewangan sendiri sebab pentadbir negara yg lepas-lepas pon gagal kawal kewangan negara. Ramai yg terkandas dan terjerumus dalam  keberhutangan serius. Gagal manage kewangan sendiri sampai nak bayar cukai jalan pon nak loan. Buat personal loan untuk melancong, beli bag, baju branded, deposit kereta luar negara sebab tamau pakai barang cap ayam. Bila dah 3 4 orang anak, tak dapat hantar anak to the best school. Anak jadi mangsa disebabkan kecuaian mak bapak. Anak tak berpeluang ikut kelas tuition, kelas menari, kelas melukis... duit poket sekolah tak cukup sampai terpaksa minta bantuan makanan sekolah.
Quote areyam 8-12-2022 11:48 AM
boleh jadi satu lagi Idea utk pembuat filem kat India sana... Movie2 tamil mmg banyak cerita bunuh dan siasat camni....
#kakimovietamil
Quote venom1 8-12-2022 11:49 AM
ReginaGeorge replied at 8-12-2022 11:46 AM
Negara kita sendiri pon ada juga kes macam ni, dibunuh sebab tak bayar hutang dengan along. Rakyat g ...

setuju dengan statement sis. rakyat Malaysia sebenarnya tak mampu serba serbi.
Quote tripleid 8-12-2022 11:51 AM
pagi tadi pun ada pompuan mati kena bunuh dlm HKL..berita biasa
Quote Prickford 8-12-2022 11:59 AM
makita replied at 7-12-2022 11:41 PM
Meols rasa lagi mulia makcik kene bunuh ni dari mak pak meleis. Mak pak meleis suh ank buat loann.

Sebelum suruh anak buat loan, si anak tu plak try nak kikis duit mak pak utk buat belanja kawin
Quote Buritan 8-12-2022 12:04 PM
Kitty_catz replied at 8-12-2022 11:33 AM
Moga2 acik porom lobang lobos poojaaan poremer jenjantz kepam dlm ni tak kena kerat tetek sebelah..  ...

Nape tetek.. nape bkn tgn ke pepek ke tiakke..
Quote Kitty_catz 8-12-2022 01:43 PM
Buritan replied at 8-12-2022 12:04 PM
Nape tetek.. nape bkn tgn ke pepek ke tiakke..

tetek tu bukan tempat bermanjahhhhh kaum lelaki ke kaka?
Quote Kitty_catz 8-12-2022 01:45 PM

ang ni kalau tak tanya pasai puting , mesti tanya pasal lubang

ang kut tak kawen mmg dah macam wajibbb berkahwin untuk mengkurangkan kegelitisan kote ang tu ipan

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.289694 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top