CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bicara Bela Diri Ditangguh- Siti Bainun Dijangkiti Bakteria, MC 22 Hari

7-12-2022 04:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3494| Komen: 46

Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, diberitahu pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, diberi sijil cuti sakit (MC) selama 22 hari berakhir 19 Disember ini akibat masalah kesihatan.


Peguam bela Siti Bainun Nur 'Aminahtul Mardiah Md Nor berkata, Siti Bainun juga dijangkiti bakteria yang memerlukan pengambilan antibiotik selama 15 hari sebelum menjalani pembedahan hempedu.

Katanya, jangkitan itu dikesan hasil prosedur perubatan diagnostik atau endoskopi dan ujian darah di hospital semalam.


Foto: Awani

"Siti Bainun yang dikecualikan kehadiran pada sebutan kes hari ini, dibenarkan keluar dari hospital 9 malam tadi. Laporan terkini kesihatan dan MC Siti Bainun akan dikemukakan kepada mahkamah.


"Laporan penuh pula akan diberi selepas 14 hari kerana hospital memerlukan masa. Anak guam perlu kembali ke hospital pada 15 Disember untuk rawatan susulan, manakala 20 Disember menjadi penentuan sama ada Siti Bainun boleh teruskan dengan pembedahan hempedu atau sebaliknya.

"Isu kedua kami membuat permohonan masing-masing untuk mendapatkan rakaman percakapan saksi pembelaan ditawarkan pendakwaan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) serta memanggil semula saksi pendakwaan mengikut Seksyen 173 (j) (iii) KPJ dan Akta Keterangan 1950," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas memohon kepastian keadaan sebenar Siti Bainun yang diberikan MC bermula 28 November hingga 19 Disember ini.

"Kami bukan doktor untuk memahami gambar dalam laporan kesihatan kerana mempunyai banyak terma saintifik. Sebab itu, kami mohon doktor dipanggil memberi keterangan mengenai laporan itu.

"Berkaitan isu permohonan, pendakwaan sudah memfailkan bantahan berhubung permohonan mengikut Seksyen 112 KPJ semalam, namun permohonan Seksyen 173 KPJ baru diketahui hari ini," katanya.

Susulan itu, Hakim Izralizam Sanusi, meminta kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis permohonan mengikut Seksyen 173 KPJ itu sebelum 4.30 petang esok dan akan membuat keputusan berhubung kedua-kedua perkara berkenaan Jumaat ini.

Izralizam juga akan memutuskan tarikh baharu prosiding bela diri kes Siti Bainun yang sepatutnya berjalan minggu ini, pada hari sama.

"Saya membenarkan penangguhan bicara kerana tertuduh tidak sihat serta diberikan MC. Persoalan doktor dipanggil beri keterangan tiada keperluan. Berdasarkan fakta, mahkamah perlu memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bersedia kerana ia akan memberi kesan kepada tertuduh.

"Saya akan memberi dapatan terhadap permohonan itu pada Jumaat ini. Mahkamah juga mempunyai kuasa untuk menetapkan tarikh bicara peringkat pembelaan dan akan menggunakan budi bicaranya.

"Ia berdasarkan tarikh lapang peguam bela dan pendakwa raya selain isu dibangkitkan pada hari ini, yang akan diputuskan pada Jumaat," katanya.

Pada 24 November lalu, Siti Bainun diarahkan membela diri terhadap pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan dikenali Bella di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari hingga Jun 2021.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh perbicaraan untuk membela diri bermula kelmarin hingga Jumaat ini dan lima saksi pembelaan akan dipanggil bagi memberi keterangan termasuk Siti Bainun.

Pada 28 Oktober lalu, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 22 saksi pada perbicaraan kes itu yang bermula 30 Mac lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 7-12-2022 04:12 PM
mmmm
sihatnya dlm gmbr tu
latest ke
Quote missyL 7-12-2022 04:42 PM
Perangai cm politaik je
Asal kene masok mahkamah Mcm2 penyakit

Semoga dipermudahkan urusan bella.
Quote kasibiman 7-12-2022 05:04 PM
mcm sial.

bacterial infection nak MC kejadahnya? pakai je lah mask.


so lepas ni tangguh lagi la kan sbb operate hempedu.

pastu tangguh lagi hospitalisation post operate.

pastu tangguh lagi komplikasi post operate.

pastu tangguh lagi jangkitan kuman post komplikasi post operate.



anjing sial
Quote cikatilia 7-12-2022 05:40 PM
makin booolat
Quote otai_g 7-12-2022 05:41 PM
Nak kena tangguh smpi dilantik jd tpm agaknya.
Quote GreySuede 7-12-2022 05:43 PM
Mcm2 hal kome ni...
Quote domestobot 7-12-2022 05:55 PM
biasa lah gemuk camtu penyakit banyak kan, pastu kena penyakit sikit je macam2 simptom keluar
Quote margo20 7-12-2022 09:04 PM
Teringin nk tau hospital or klinik yg bg mc tu
Quote dani-rox 7-12-2022 10:03 PM
kalau tangguh dulu operate hempedu tu tak bole ke?
Quote elnor_81 7-12-2022 10:07 PM
Sejak ble dijangkiti bakteria cuti 22 hari?bkn biasa cuti 7 hari ke..tu.pun kena warded sbb antibiotik.
Quote edayildiz 7-12-2022 10:50 PM
kat ofis ada senior kitorg pgil bainum sbb size sama ngn non ni tp she tinggi..mayb xsebesar ini..
cuma dia sialan mcm bainon gemok demok ni..
jangkit bakteria kedai mamak ke
Quote I.K.A888990 7-12-2022 11:31 PM
bakteria pulak dah
Quote gekkou 8-12-2022 12:58 AM
semoga kurus
lepas dah mcm 22 hari ni
Quote noor2 8-12-2022 07:19 AM
Jahat gila sigemok ni...mcm2 alasan dia bagi....puih
Quote sangbara2020 8-12-2022 07:42 AM
kes ni menyebabkan dia kena pulaukan x dek jiran2 nya ehh??
Quote Perwira2022 8-12-2022 07:53 AM
Bainun dah jadi icon kesayangan PH dah sekarang sesuai dengan hubungan comolot Anwar dengan Zahid

Tahniah pencacai2 PH...
Quote maharani_gebu 8-12-2022 08:43 AM
masa mendera kemain sihat walafiat... dah sangkut kat mahkamah lepas satu, persatu penyakit datang....

bakteria menda sampai 22hari MC.. siasat sikit doktor tu... mcm pelik plak... semudah itu diagnose ade bakteria then trus MC 22 hari

perangai dah naik sama dgn politician sampah
Quote mizzmimi 8-12-2022 08:46 AM
Serius la MC sampai 22 hari? Bacterial infection? Kamon laaa doktor mana ni
Quote Kitty_catz 8-12-2022 08:49 AM
apoooooooooo sampai 22 ari benon oii?

setakat amek antibiotik tu ko terus keras kejung tabuleh function ke acaner?

meols ni setakat demam selsema pun pop up panadol and kerja mcm biasa je benon oiii


ko tu badan je besauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.048729 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top