CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seronoknya Buang Undi Naik 'Buggy'

7-12-2022 04:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 884| Komen: 4

Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman teruja menaiki 'buggy' untuk ke Pusat Pembuangan Undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Gemuk pada Rabu.

Terdapat tiga 'buggy' yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membawa pengundi khususnya warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di pusat pengundian itu.


Pengundi menaik buggy untuk ke saluran mengundi di SMK Tanjung Gemuk pada Rabu.

Rata-rata pengundi yang kali pertama menaiki 'buggy' menyifatkan pengalaman ini sangat unik sepanjang hidup mereka.

Warga emas, Doyah Lah, 85, memberitahu kemudahan itu memudahkannya dan tidak perlu berjalan jauh ke saluran pusat mengundi.


"Saya ini sudah berumur, berjalan pun tidak berapa hendak larat, tetapi bila ada kemudahan ini sangat membantu saya.

"Ini juga kali pertama saya merasa naik kereta ini, pada pilihan raya lalu tiada perkhidmatan seperti ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pusat Pembuangan Undi di SMK Tanjung Gemuk pada Rabu.

Perasaan sama turut dikongsi Aminah Abu Bakar, 66, yang bersyukur dengan kemudahan buggy disediakan SPR untuk golongan yang memerlukan.


Doyah bersama anaknya menaiki buggy ke saluran mengundi di Pusat Pembuangan Undi di SMK Tanjung Gemuk pada Rabu.

Dia yang merupakan pesara kerajaan berkata, selain itu kerusi roda turut disediakan sekali gus mempermudahkan urusan pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

"Kalau dulu mana ada kereta (buggy), tetapi kini kereta ini sudah disediakan dan ini satu pengalaman unik serta dapat merasa.

"Namun saya sangat senang hati sebab tidak perlu berjalan jauh dan di harap kemudahan sebegini dapat disediakan untuk pilihan raya akan datang," ujarnya ibu kepada lima anak itu.

Sementara itu, peniaga, Mohamed Ilah Abu Rahman, 78, mengakui teruja kerana pertama kali menaiki kenderaan terbabit.

Bapa kepada tujuh anak itu berkata, perkhidmatan itu akan diteruskan pada masa akan datang kerana ia memberi keselesaan kepada pengundi warga emas dan OKU.

"Kita warga emas ini tidak perlu berjalan jauh sehingga sakit kaki kerana dapat menaiki buggy terus ke saluran pusat mengundi," jelasnya.


Sumber: Sinar Harian





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 7-12-2022 11:23 PM
tetiba rasa nk beli buggy. tgk kat shopee mcm affordable.
Quote marilim 11-1-2023 02:28 PM
Your sharing is very interesting. I have been following your website so I can read your posts geometry dash unblocked
Quote boo08 5-12-2024 08:13 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Quote boo04 9-12-2024 08:15 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.080169 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top