CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekal Oksigen Kepada Budak 8 Tahun Terjatuh Dalam Telaga Sedalam 122 Meter

7-12-2022 03:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2329| Komen: 25

Pihak berkuasa dan penduduk sebuah kampung di India masih bertungkus lumus menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terperangkap dalam lubang telaga sedalam 122 meter (m).

Insiden itu berlaku di Kampung Mandavi, Betul, Madhya Pradesh, kira-kira 5 petang, semalam.



Polis dari Balai Polis Aathner, Anil Soni berkata, kanak-kanak itu, dikenal pasti sebagai Tanmay Diyawar yang berusia lapan tahun.

Katanya, kanak-kanak lelaki itu dilaporkan sedang bermain di sebuah padang, sebelum terjatuh dalam sebuah lubang telaga yang digali penduduk, baru-baru ini.

"Pihak berkuasa melancarkan misi menyelamat dengan menggunakan jengkaut yang dibawa masuk khusus untuk menggali kawasan itu.


"Pada masa sama, ketetapan dibuat dalam membantu membekalkan oksigen kepada kanak-kanak itu bagi memastikan dia dapat bertahan sementara kita masih giat berusaha membawanya keluar," katanya.

Soni berkata, kanak-kanak itu dipercayai terperangkap pada kedalaman 18.3 m.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 7-12-2022 04:32 PM
Tak kiralah apa agama/bangsa anak malang ini, kaka doakan mudah2an anak ini selamat dikeluarkan dari telaga berkenaan.
Quote kakikuDibibirmu 7-12-2022 04:33 PM
Terjatuh tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak
Quote supernaturalee 7-12-2022 04:37 PM
sekali baca igtkn bdk tu terperosok sedalam 122m
rupanya tu kedalaman telaga
yg bdk tu smpi takat 18m lebih jek




anyway still dalam yach

btw sape dh tgk movie/siri kt netflix psl insiden student terperangkap dlm gua bwh tanah kt thailand tu
worth it to watch x
Quote darkness 7-12-2022 04:40 PM
Kenapa tak kambus telaga tu haa?
Quote JunkMail 7-12-2022 04:40 PM
Jatuh lagi sorang..macam baru je aku baca budak jatuh telaga tahun lepas..meninggal akhirnya.
Quote apalancut 7-12-2022 04:40 PM
itu hari dekat morocco. kali ni yindia plak

Quote cicicumel 7-12-2022 04:58 PM
8 thn dh besar, boleh kot berpaut di dahan
Quote talapia 7-12-2022 05:02 PM
telaga dorang ni memang jenis halus2 lubangnya eh? Kalau mcm kita punye telaga.. baring pon bole lagi..
Quote cheezel 7-12-2022 05:14 PM
Lagiiii?
Quote JunkMail 7-12-2022 05:20 PM
cicicumel replied at 7-12-2022 04:58 PM
8 thn dh besar, boleh kot berpaut di dahan

Dahan apa dalam telaga tu kaka?
Quote airfilterkotor 7-12-2022 09:22 PM
Lubang telaga air bawah tanah ghopernye.
Berita kata budak tu takde respon... khawatir dah tak sedarkan diri.
Quote airfilterkotor 7-12-2022 09:24 PM
Race to rescue ‘unconscious’ boy trapped in 400ft well in central India
Quote kotakbaju 7-12-2022 09:41 PM
Lubang dia besar mana ye. Sebab musykil budak sebesar 8 tahun boleh terpeleot jatuh dalam lubang telaga tu. Kalau kata lubang besar cam telaga kita ni kita leh nampak kata ada lubang so boleh elak. Ini tengok cam kecil je lubang tu. Maybe budak tu pun size tak besar mana la kot
Quote mejaputih 7-12-2022 09:42 PM
supernaturalee replied at 7-12-2022 04:37 PM
sekali baca igtkn bdk tu terperosok sedalam 122m
rupanya tu kedalaman telaga
yg bdk tu smpi takat 18 ...

Sangat worth it
Quote airfilterkotor 7-12-2022 09:45 PM
kotakbaju replied at 7-12-2022 09:41 PM
Lubang dia besar mana ye. Sebab musykil budak sebesar 8 tahun boleh terpeleot jatuh dalam lubang tel ...

Lebih kurang saiz botol minyak masak Cap Buruh  5kg.
Lebih kurang.
Quote Goodluckdontcry 7-12-2022 09:51 PM
Crite yg sama berulang2 yg membezakan hny lah tempat/negara berlaku...mmm sbb tu pendidikan tu penting dik utk hidup....mmmm
Quote kotakbaju 7-12-2022 10:01 PM
Edited by kotakbaju at 7-12-2022 10:09 PM
airfilterkotor replied at 7-12-2022 09:45 PM
Lebih kurang saiz botol minyak masak Cap Buruh  5kg.
Lebih kurang.


Kalau camtu nampaknya budak tu memang size kecil la.

Ok iols dh tengok tadi kat twitter. Lubang agak besar la kira sebelah kaki dewasa boleh terperosok masuk dalam lubang tu. Bahaya jugak biar lubang ternganga camtu.
Quote supernaturalee 8-12-2022 08:44 AM
airfilterkotor replied at 7-12-2022 09:24 PM
Race to rescue ‘unconscious’ boy trapped in 400ft well in central India

halahai kecik lubang tu
mcmn die blh end up dlm tu

ape la agknya plan dorg nk keluarkan dak ni



Quote Dwdrum 8-12-2022 08:52 AM
supernaturalee replied at 7-12-2022 12:37 AM
sekali baca igtkn bdk tu terperosok sedalam 122m
rupanya tu kedalaman telaga
yg bdk tu smpi takat 18 ...

Aku pula faham telaga dalam 122m but budak stuck pada 18m... Mungkin lobang telaga lagi dalam akan lebih kecil seperti bottom up cone..

Article buat orang confuse

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.049824 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top