CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Tak Nak Susahkan Orang Tolak Kerusi Roda Rela Bertongkat Pergi Mengundi

7-12-2022 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 667| Komen: 2

Meskipun terpaksa bergerak perlahan-lahan kerana tubuhnya yang membongkok, seorang warga emas, Rahmah Saad, 78, tetap menggagahkan diri untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Selarong di sini hari ini.


Warga emas itu yang hadir dari Taman Desa Aman di sini malah tidak mahu menggunakan kerusi roda sebaliknya mengatur langkah menggunakan tongkat ke pusat saluran mengundi kerana tidak mahu menyusahkan orang lain.


Rahmah mengundi di SK Bukit Selarong, Kulim pada pagi ini. Foto SHAHIR NOORDIN

“Saya masih boleh berjalan, tak mahulah susahkan orang nak tolak gunakan kerusi roda. Walau dalam keadaan begini, saya tetap mahu mengundi bukan demi saya, sebaliknya untuk masa depan anak cucu.

“Ada dalam kalangan orang berusia yang saya kenali mengatakan yang kami ini dah tak perlu nak mengundi sebab dah tua dan hampir meninggal dunia.

“Tetapi bagi saya ini untuk kebaikan masa depan kita dan Alhamdulillah, anak-anak muda sekarang nampak bersemangat untuk mengundi,” katanya.

Dia ditemui pemberita selepas membuang undi di sekolah tersebut dengan ditemani anaknya, Nor Aishah Musa, 41, kira-kira pukul 8.45 pagi tadi. 


Sumber: KOSMO! ONLINE





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boo08 5-12-2024 08:13 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Quote boo04 9-12-2024 08:15 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.079928 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top