CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tak Sangka Boleh Buat Duit Dengan Tuala Lusuh

7-12-2022 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1184| Komen: 6

Kebiasaannya tuala lusuh dijadikan kain buruk atau dibuang namun lelaki ini menggunakan kreativitinya untuk menghasilkan pasu bunga unik menggunakan tuala terpakai sebagai bahan utama.


Abdul Aziz Setapa, 47, yang juga pekerja swasta berkata, idea untuk menghasilkan pasu daripada tuala tercetus apabila memerhatikan hobi isterinya, Nor Asyikin Abdul Wahab, 43, yang suka menanam pokok bunga.

Menurutnya, ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia mencuba untuk menghasilkan sendiri pasu bunga yang diperbuat daripada tuala terpakai.


ABDUL Aziz menunjukkan pasu bunga diperbuat daripada tuala terpakai yang dihasilkannya di rumahnya di Kampung Chatel Damai. FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI


Katanya, halaman rumahnya dihiasi dengan pasu bunga unik itu hasil kreativitinya yang dimanfaatkan oleh isterinya untuk menanam pelbagai pokok bunga.

"Pasu ini dihasilkan melalui pemerhatian dan gerak hati yang suka mencipta benda baharu. Pada peringkat awal, saya hanya menghasilkan pasu ini sebagai aktiviti memenuhi masa lapang pada waktu malam selepas pulang kerja, selain pada setiap cuti hujung minggu.

"Saya buat pasu ini untuk dijadikan tempat menanam pokok di rumah, tetapi apabila ada kenalan datang dan melihat pasu ini agak unik menyebabkan mereka tertarik dan mahu membelinya.

"Memikirkan proses pembuatannya tidak sukar, saya cuba berkecimpung dalam pembuatan pasu ini dan tidak menyangka kini boleh membantu menjana pendapatan sampingan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chatel Damai, di sini.

Bapa empat anak berusia enam hingga 22 itu berkata, proses pembuatan pasu tidak rumit kerana hanya menggunakan tuala sebagai bahan utama, larutan simen dan acuan.

"Dengan bantuan larutan simen, kain tuala yang bersifat lembut ini boleh ditukar menjadi pasu bunga yang keras, cantik dan unik.

"Tuala terpakai disalut dengan larutan simen dan dibentuk menjadi pasu lalu akan dijemur untuk dikeringkan serta dicat sebelum dijual kepada pelanggan," katanya.

Abdul Aziz berkata, bagi memenuhi permintaan dan menyiapkan tempahan pasu itu, dia membeli 30 hingga 40 kilogram tuala di merata-rata kedai pakaian terpakai di negeri ini.

"Pasu yang siap dijual serendah RM7 hingga RM50 sebuah bergantung pada saiz serta bentuk pasu. Walaupun jualan pasu menentu namun hasil diperoleh dapat membantu menyara keluarga," katanya.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sangbara2020 7-12-2022 03:58 PM
Terus teringat sape tu yg pakai towel duk depan istana negara ke apa tah...
iolls lupa2 ingat lah
Quote kakikuDibibirmu 7-12-2022 04:01 PM
sangbara2020 replied at 7-12-2022 03:58 PM
Terus teringat sape tu yg pakai towel duk depan istana negara ke apa tah...
iolls lupa2 ingat lah

Jamal Jamban cuma berdiri depan pejabat Muntri Besar Selangor komplen Selangor tak ada air
Quote sangbara2020 7-12-2022 04:24 PM
kakikuDibibirmu replied at 7-12-2022 04:01 PM
Jamal Jamban cuma berdiri depan pejabat Muntri Besar Selangor komplen Selangor tak ada air

bkn dia pakai towel ke
Quote supernaturalee 7-12-2022 04:42 PM
x berat ke sbb salut dgn simen


Quote boo08 5-12-2024 08:13 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Quote boo04 9-12-2024 08:15 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.035372 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top