CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terlampau Kurus, Empat Tulang Rusuk Wanita Patah Selepas Batuk Akibat Makan Pedas

7-12-2022 02:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1653| Komen: 15

Seorang wanita patah empat tulang rusuk selepas batuk akibat makanan pedas.

Wanita dari Shanghai itu yang dikenali sebagai Huang berkata, ketika batuk, dia terdengar jelas bunyi retakan pada bahagian dadanya, lapor Shanhai Video.


Pada mulanya dia tidak fikirkan apa-apa, tetapi kemudian mula berasa sakit apabila bercakap dan bernafas.


Foto: SCMP

Hasil imbasan CT menunjukkan empat tulang rusuk Huang patah dan dia diberitahu oleh doktor bahawa dadanya perlu dibalut selama sebulan dan dia harus berehat sementara tulang rusuknya sembuh.


Menurut doktor punca asas tulang kecil itu patah adalah kerana berat badannya.

Mempunyai ketinggian 171cm dan berat 57kg, Huang mengakui dia sangat kurus pada bahagian atas badan sehingga menampakkan tulang rusuknya.

"Tulang rusuk kamu boleh dilihat dengan jelas di bawah kulit. Tiada otot untuk menyokong tulang, jadi ia mudah patah apabila batuk," kata seorang doktor kepadanya.

Dia berjanji akan melakukan lebih banyak latihan fizikal untuk meningkatkan jisim otot dan berat bahagian atas badannya selepas pulih. -CARI

Sumber: mStar/SCMP

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 7-12-2022 02:09 PM
171cm, 57kg mcm normal je? kalau 37 ye la mcm ikan kering
Quote aciksenah 7-12-2022 02:55 PM
Errr...baru teringin nak kuruskan badan ke paras berat mcm tu. Dr pulak kata kurus melampau..
Quote emptybotol 7-12-2022 07:20 PM
I 170cm masa berat 57kg tu siap ada lemak berlipat ye kat perut. Masa berat bawah 51kg i rasa time tu takde pun lemak2 kat perut. Mcm normal jelah berat 57kg tu..
Quote CardiGans85 7-12-2022 07:23 PM
Under weight tp bukan severe. Still kurus..kena la makan..

Aku pernah severe underweight 39kg dgn tinggi 164cm. Gosok gigi akan berdarah gusi tu, rambut gugur and hidup macam kat awangan je
Quote green~tea 7-12-2022 07:25 PM
BMI 19.5 tu.. mcm masih within ideal weight lah.  Amende yang terlampau kurus nya..

BMI i skang 20 je.... rilex je batuk
Quote green~tea 7-12-2022 07:28 PM
CardiGans85 replied at 7-12-2022 07:23 PM
Under weight tp bukan severe. Still kurus..kena la makan..

Aku pernah severe underweight 39kg dgn t ...

Tak cukup zat ke chuolz.. sbb diet ke apa...

I pun takmo laa kurus2 sgt.. mmg nak menten weight always between 50 - 55 kg sahaja...

Murung tau kalo berat above 60.. last time berat i exceed 60 masa preggy jer lah...
Quote dua_chzy 7-12-2022 08:48 PM
Menda ni possible? Dem...
Quote namr 7-12-2022 09:32 PM
iols setiap kali demam mesti batuk teruk sampai sakit kat area rusuk..tp iols xda la kurus sgt, around 46kg gituh..syukurla tak patah rusuk
Quote sharlenetexas 7-12-2022 09:34 PM
Mata terkeluar dari soket pun ada.


Quote sharlenetexas 7-12-2022 10:01 PM
makadek replied at 7-12-2022 09:59 PM
Habis tolak balik masuk ke

Ntah tak tau doktor wat camne


Quote rosedemon 8-12-2022 10:36 AM
siann  kurus salah gemok slah
Quote shernazz 8-12-2022 12:22 PM
Mcm normal.je..
Tapi maybe batuk dia terlalu kuat ni...
Takajut tulang rusuk.dia lalu.patah
Quote boo08 5-12-2024 08:14 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Quote boo04 9-12-2024 08:16 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:01 AM GMT+8 , Processed in 3.486813 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top