CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Hang Pi Mana, Sibuk Ceramah Ka?" Nurul Izzah Yang Agihkan Air, Ahli Parlimen Permatang Pauh Fawwaz Langsung Tak Nampak?

7-12-2022 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3334| Komen: 38

Penduduk di beberapa kawasan di tiga daerah di Pulau Pinang berdepan dengan gangguan bekalan air berjadual selama 48 jam berikutan kerja-kerja penyelenggaran loji rawatan air (LRA) Sungai Dua bermula Jumaat lalu.


Nampaknya mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh iaitu Nurul Izzah Anwar Ibrahim turun padang bagi membantu penduduk terjejas mendapatkan kelangsungan bekalan air bersih.


Foto: Tiktok

Difahamkan, pengagihan air itu dibuat di Taman Pauh Indah dengan kerjasama Bomba Sukarelawan Permatang Pauh.

Di Tiktok, seorang pengguna memuat naik beberapa keping foto dan mengucapkan terima kasih kepada Nurul Izzah kerana sudi membantu penduduk setempat.


“Terima kasih mantan Ahli Permatang Pauh, Puan Nurul Izzah Anwar atas pengagihan air di Taman Pauh Indah dengan kerjasama bomba sukarelawan Permatang Pauh.



Dalam masa yang sama dia turut mempersoalkan keberadaan Ahli Parlimen terkini Permatang Pauh iaitu Muhammad Fawwaz Mohamad Jan.

“Tapi, mana Ahli Parlimen terkini Permatang Pauh? Hang pi mana?”

Di ruangan komen ramai yang kesal dan sempat bergurau mengatakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu masih sibuk memberi ceramah.

Sekadar info, gangguan bekalan air berkenaan bermula jam 10 malam Jumaat hingga Sabtu yang melibatkan 197,851 akaun pengguna di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) dalam kenyataan mengatakan daripada jumlah itu, 24,615 akaun air akan mengalami tekanan air rendah, manakala 173,236 akaun akan terputus bekalan air.

Dan, notis awal mengenai masalah gangguan bekalan air telah dikeluarkan lebih awal bagi memastikan penduduk di sekitar kawasan terjejas bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 7-12-2022 01:12 PM
Fawwaz ngulit bini kot
Quote ultra78 7-12-2022 01:13 PM
Amboi. Dah mula pakai tiktok.
Quote lyshafull 7-12-2022 01:23 PM
Biar la dia turun agih air
Bukn ade kerja pun
Ni just nk isi masa lapang je
Quote Cassieopeia 7-12-2022 01:48 PM
xpela dlu dia jarang turunkan ade makcik sane cakap ni nk tebus blk kot
Quote bakingsoda 7-12-2022 01:51 PM
lobai hari tu siap suruh bangnon sendiri pegi tgkkan permatang pauh, bekas kerusi warisam katanya. dia nak makan gaji buta mcm ayoh chik je kot
Quote orkidorkido 7-12-2022 02:16 PM
Takde air baru sikit saja ujian dari allah tuan-tuan, kata si lobai, maka bersabarlah. Sesungguhnya sabar itu separuh dari iman. Gituuuu
Quote ayukpingu 7-12-2022 02:27 PM
aik?yb izzah baru nak buat keje ke?sentap dengan statement macik before pilihanraya tuari kot?kihkih
baru terhegeh2 nak ke penang kan? beli jiwa rakyat ke
Quote snowflakes 7-12-2022 02:34 PM
Mana makcik hari tu? Harap dia nampakla izzah kali ni... tak nak undi takpe... janji nampak
Quote Body_language 7-12-2022 02:34 PM
fuyoh. dah pandai main tiktok
Quote scorpionkiki 7-12-2022 02:34 PM
Masa jd mp taknpi tengok org matabg pauh...dah kalah baru sebok nak pi. I tau sbb family bnyk kat mstang pauh sana. Rasa susah dah izzah nak menang...sana melayu mmg dah darah PN dah..
Quote intan244 7-12-2022 02:37 PM
provoke sgt. izzah dtg tolong angkat air ke rumah rakyat ke. ke tolong suruh org berbaris.
Quote Nnasda53 7-12-2022 02:44 PM
Lobai dah tak zabar nak masuk parlimen.
Katanya nak gegarkan parlimen kali nihhh
Sebab tu iols suka lobai jadi pembangkang baru dengar suara depa bergema di parlimen.
Duk dalam kerajaan semua pakat bunga hiasan je
Quote zamzam 7-12-2022 02:49 PM
Hek eleh...dah kalah baru nampak muka. Ingatkan kelantan mundur air pun xder. Ni penang negeri teramaju pun xder air...ish ish ish.
Quote misc 7-12-2022 02:55 PM
masih butthurt pada ustaz yg kalahkan izzah ler tu. Sekarang masa utk cari salah je lah. Biasalah puak ni.
Quote otai_g 7-12-2022 02:57 PM
Bekerjalah dgn ikhlas tanpa mengharapkan publisiti.
Quote s@s@ 7-12-2022 03:12 PM
oohhhh ingatkan kat kelantan
Quote zacks 7-12-2022 03:16 PM
misc replied at 7-12-2022 02:55 PM
masih butthurt pada ustaz yg kalahkan izzah ler tu. Sekarang masa utk cari salah je lah. Biasalah pu ...

ostaz fawwaz tu pi mana tak tolong sekali ka?
takkan dok pi bagi ceramah sokmo ja kot? tu ja ka jobscope ahli Parlimen?

kemon PN PAS you can do better, if not worst.
Quote Siput_Sawah 7-12-2022 03:20 PM
laaa dah hang turun bantu (ikhlas) kenapa lepas bantu hang nak point tanya org lain lak.buat la kerja cari pahala Insya Allah kalau rakyat kawasan tu tiba tiba tersuka kat hang, next 5 years hang menang laaa.skg ni la masa hg tackle balik jiwa depa yg hang abai dedulu tu. time rakyat sana cari hang dulu ,hg bz dok kat KL sokmo.
Quote stingergrumpy 7-12-2022 03:29 PM
shernazz replied at 7-12-2022 01:12 PM
Fawwaz ngulit bini kot

Ibadah jugak iteww kheunz?

Ko aja bila laki mintak ko hentak2 uker kat dinding....penat ler baru balik kerja ler....baju utk sekolah budak budak belum bergosok ler....

Kahkahkahkahjah

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.049799 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top