CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bakat Langsung Tak Dipandang- Jay Iswazir Selalu Kena Reject, Watak Ekstra Pun Tak Dapat

7-12-2022 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2547| Komen: 20

Mengimbau kenangan di awal pembabitannya sebagai anak seni, pelakon Jay Iswazir mendedahkan namanya pernah beberapa kali ditolak walaupun hanya untuk melakonkan watak sampingan.


Jay atau Ahmad Iswazir Ismail, 40, berkata, pengalaman ditolak sewaktu menghadiri sesi uji bakat lakonan merupakan perkara biasa.

Foto: IG

"Pengalaman kena reject tu biasa. Dahulu bila kena reject saya mula rasa marah. Tetapi lama kelamaan saya terfikir kalau marah pun tak ada guna.

"Ini cerita lama, tapi saya nak imbau kembali dulu saya ni nak jadi ekstra pun kena reject. Namun, saya tidak menyalahkan takdir kerana apa-apa pun seorang pelakon perlu lihat pada diri sendiri terlebih dahulu," katanya kepada mStar.




Nasihat serta kata-kata semangat yang diterima daripada rakan artis dan usaha yang dilakukan, Jay membuktikan dia kini sudah mula diterima dalam industri hiburan tempatan.

"Lakonan ini adalah bidang yang saya minati. Saya buat orang suka dan akhirnya inilah yang dipanggil rezeki.


"Abang Ebby Yus pernah cerita, dia naik dulu bila jadi hero kerana penerbit mahukan pelakon yang berkulit gelap. Alhamdulillah, saya didekatkan dengan orang-orang yang sentiasa positif dan memberi semangat," jelasnya.

Dalam pada itu, Jay mengakui perjalanan seninya dalam industri lakonan ini mengambil masa yang agak panjang untuk sampai ke tahap ini.

Namun, dia tidak mudah mengalah dan sentiasa memperbaiki diri menjadi lebih baik.



"Saya percaya akan tiba waktunya jika kita bekerja betul-betul dan tahu apa yang penonton mahukan, satu hari nanti orang akan nampak juga bakat yang kita ada.

"Perkara ini semua memang mengambil masa, tetapi sebagai seorang pelakon kita perlu sentiasa mempersiapkan diri daripada segi penampilan dan sebagainya. Jadi, bila sudah dapat peluang, insyaAllah kita akan lebih bersedia," katanya.

Dalam perkembangan lain, filem terbaharu lakonan Jay berjudul Daddyku Gangster sudah ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 1 Disember lalu.


Selain Jay, filem itu turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Zul Huzaimy, Faizal Hussein, Adeline Tsen, Ridzuan Hashim, Reen Rahim, Zalif Sidek, Azri Iskandar, Vanidah Imran, Alief Irfan serta dua pelakon cilik hebat iaitu Angelica Petra dan Arryyan Petra. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 7-12-2022 12:00 PM
First and foremost ; uols tiada wajah & badan standard commercial. Fact. Commercial untuk jual sebagai first hero. Ada je hero wajah penjenayah, tapii.....mostly diorang wayyyyyy too long dah lama jadi pelakon, extra, supporting, dan pelakon power.

Then, uols kuat merungut. Asal keluar cerita, komplen, komplen, macam artis feeling gred A geng-geng pelakon methoddddd sangat tu...no no no.. orang takut nak amik artis yang kuat komplen & merempan ni... bakat is bakat, attitude kena jaga jugak..
Quote jalfa 7-12-2022 12:17 PM
Ramai je pelakon lain x berupa ..tapi laku..sebab apoooo..kurang merentan ni semua ko nak rempan
Quote salimrock 7-12-2022 12:25 PM
prince_marhaen replied at 7-12-2022 12:00 PM
First and foremost ; uols tiada wajah & badan standard commercial. Fact. Commercial untuk jual sebag ...

pelakon2 tambahan dulu cam arash muhammad, yank kasim, deen maideen, farid amirul, aman jah... tu mamat kelate ygberlakon gerak khas pn takde pn komplen, ko kena igt bukan ko sorang je nak berlakon, ramai lagi lelaki perasan hensem yg nak berlakon...
Quote salimrock 7-12-2022 12:30 PM
malaysia ni ummat bumiputera 21 million je  bro,  tp mgkn  50% je tgk filem melayu ,  so  produk filem mgkn tak banyak,  kt hollywood market besar,  muka cam ni pn laku beb

Quote SayaSayangMama 7-12-2022 12:32 PM
dia ni sesuai berlakon dlm citer ala ala Games of Thrones, xyah special effect dah.
Quote cikatilia 7-12-2022 12:56 PM
lakonan dia bagus..
1 tu jadi anak kurang ajar.. mmg rasa nak sepuk aje muka dia
lagi 1 jadi kawan org yg mcm xberapa nak betul tp nak solat nak puasa semua.. yg tu mmg leleh sedihmya

harap2 ada la rejeki dia ya.. skang bbnu mbnu nbnu semua nak eye candy ja walau kayu kayan
Quote AcikBuncit 7-12-2022 01:17 PM
Skang industri a aida yg punya.. Sume kena hensem hahaha tu la ko dh terkambus rezeki sbb comolot ngan lizzy...Kahkah
Quote TomyamPuteh 7-12-2022 01:19 PM
Tgk filem Tamil. Si Yogi Babu tu ada je muka dia.Ada rupa ke dia tu?
Quote bluecrystal 7-12-2022 01:30 PM
kalau baca artikel tu heols takde pun merempan kan..semoga ada la rezeki heols lepas ni..baru haritu tengok filem terakhir arwah Abam..Jodoh Syaitan..yang berlakon soffi jikan, arwah abam, jay dengan aprena manrose..aku puji jay pandai berlakon watak komedi
Quote MistrezHermanaz 7-12-2022 02:06 PM
muka dia muka bengis, scar panjang kt muka tu nmpk lagi bengis muka dia mcm penjahat..tp dia berlakon mmg menjadi la, jd benci
Quote prince_marhaen 7-12-2022 02:20 PM
salimrock replied at 7-12-2022 12:25 PM
pelakon2 tambahan dulu cam arash muhammad, yank kasim, deen maideen, farid amirul, aman jah... tu  ...

ye...sampai sekarang yang berlakon supporting relaks-relaks je...lagi banyak job masyukkk... semua drama diorang tapau walaupun sopporting.
Mungkin rezeki banyak kat supporting, apa salahnya kan.... kena jaga attitude, PR, jaga social media..jangan nak pelik2...
Quote bottompro 7-12-2022 02:46 PM
Dek non, muka dek non ni sesuaiiiii sgt jadi watak peragut dan perogol. Hahahahaha. Mcm mana nk jd heron dhekk
Quote KamikuP 7-12-2022 03:56 PM
Kalau ada remake peragut ragut Wan Maimunah pasti ko akan dipanggil ujibakat dekkk
Quote annadonna 7-12-2022 06:43 PM
prince_marhaen replied at 7-12-2022 12:00 PM
First and foremost ; uols tiada wajah & badan standard commercial. Fact. Commercial untuk jual sebag ...

Mana bilanya dia merenpan? Dia kena interview so dia hanya jawab soalan aje. Kalau tengok IG dia mana ada dia kaki merentan. Dia post pasal kerja and sejak kawin dia sometimes post gambar bini dia.
Quote annadonna 7-12-2022 06:43 PM
AcikBuncit replied at 7-12-2022 01:17 PM
Skang industri a aida yg punya.. Sume kena hensem hahaha tu la ko dh terkambus rezeki sbb comolot ng ...

Over la lizzy tu. Mana ada cium pun.
Quote doubleharmonic 7-12-2022 07:04 PM
ko ni nak jadi cam hanesah hani ke noreeeeen? asal keluar citer jer balik2 benda sama jah dah kenapa noreeennn?
Quote rosedemon 8-12-2022 11:05 AM
sian jay. ok je ensem aku tgk.
Quote slyfynx 8-12-2022 11:19 AM
Bukan x hensem, just wajah dan body kurang nilai komersial.
So agak payah nk gi jauh, unless bakat menggunung tinggi
Quote adeqbun 8-12-2022 11:45 AM
p groom skit bang..make an effort..jgn merungut je...ko kalau jd netizen pon mesti nak tgk muke helok2 kat tv..bapak si wednesday pon ramai duk kecam sbb xsekufu ngan muke cath zeta jones...tgk mcm capik kail..memula dlu sendu sbb rupe rebeh je..xpon khai bahar,makeover gigi..tp jgn terlajar makeover mcm haelina pulak..gudluck...ai mmg minat lakonan die ni...menjadi sungguh...

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.044398 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top