CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

PU Azman Didakwa Lagi, Amang Seksual Dan Kelucahan Melampau Terhadap Tiga Remaja Lelaki

7-12-2022 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7548| Komen: 57

KLANG – Penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman didakwa lagi atas tiga pertuduhan amang seksual dan satu kelucahan melampau terhadap tiga remaja lelaki di dua mahkamah berasingan di sini, hari ini.


PU Azman atau nama sebenarnya, Azman Syah Alias, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen dan Majistret itu.

Di hadapan Hakim Syafeera Mohd. Said, tertuduh yang lebih dikenali dengan panggilan Cik Man dituduh dua kes amang seksual fizikal di sebuah inap desa di Sungai Udang di sini masing-masing pukul 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun lalu.


Foto: Kosmo


Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, sekiranya disabitkan kesalahan bagi setiap pertuduhan.

Azman Syah yang masih bujang itu juga didakwa menggalakkan komunikasi secara seksual melalui aplikasi WhatsApp
dengan dituduh mengikut Seksyen 11 (1)(b) akta kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun.

Perbuatan itu antara pukul 4 petang hingga 7.30 malam di sebuah rumah di Kampung Meru di sini pada 16 Ogos lalu.

Ini melibatkan dua mangsa yang merupakan remaja lelaki berusia 17 tahun.

Cik Man juga didakwa di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd. Rasid atas tuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki lain berusia 19 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek kira-kira pukul 9.15 malam pada 10 Jun lalu.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 377d Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga dua tahun sekiranya disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar dan Azman Syah diwakili Peguam Fahmi Adilah.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan keseluruhan RM24,000 bersama penjamin dan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa, keluarga dan saksi pendakwaan selain melapor diri di balai polis berhampiran rumah setiap awal bulan bermula bulan ini.

Sebutan semula bagi kesemua kes ditetapkan pada 12 Januari tahun depan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Azman Syah didakwa di Mahkamah Sesyen pada 12 Oktober lalu atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun ini. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 7-12-2022 11:31 AM
fuh kali ni siap bergari ye..nasib ko la che man..yg sekor lagi da terlepas kawen andartu..
Quote noorhairiahma 7-12-2022 11:47 AM
nampak tua dan sugul je cik man. patutnya buat macam dewa sayu, senyum senyum konfiden pandang kamera lambai2 gitu.
Quote prince_marhaen 7-12-2022 11:51 AM
CIKMAN NAK MANDIIII NIIIII....cikman merajuk lahhhh!! Ahahahahahaha!
Quote misspokoyo 7-12-2022 12:21 PM
prince_marhaen replied at 7-12-2022 11:51 AM
CIKMAN NAK MANDIIII NIIIII....cikman merajuk lahhhh!! Ahahahahahaha!

Dgn suara ala2 manjanya… muntah dgr
Quote virgocircus 7-12-2022 12:24 PM
Pnh dgr voicenote tu...ei mmg geli
Quote mizruncing 7-12-2022 12:25 PM
ni kes dgn org yg sama ke or kes lain? klu kes dgn org lain x tau nak cakap apa dahh. nama nya alim tapi perangai nauzubillah.. baik laa kau ngorat bini org je dari songsang mcm ni
Quote winky1 7-12-2022 12:56 PM
Innocent until proven guilty jugak ke ? Malaysia oh Malaysia...
Quote ladybugz 7-12-2022 01:06 PM
sepatutnya masih boleh diangkat as PM atau TPM. dun worry che man. org malaysia cepat amnesia atau very forgiving. semoga che man insaf dan diberi petunjuk. semoga keadilan buat mangsa2.
Quote ReginaGeorge 7-12-2022 01:08 PM
Akan terlepas juga. Yang penting tonggang.
Quote pooh~key 7-12-2022 01:33 PM
ladybugz: sepatutnya masih boleh diangka ...


Mangsaaaaaa sangattt…. Yihhhhh rengsa amat akak dek!
Quote orkidorkido 7-12-2022 02:05 PM
Dari awal aku dah agak dia ni lain macam
Tapi tak sangka suka budak
Ingat suka bini-bini orang.. eeiii semoga dapat hukuman setimpal
Quote pooh~key 7-12-2022 02:09 PM
orkidorkido replied at 7-12-2022 02:05 PM
Dari awal aku dah agak dia ni lain macam
Tapi tak sangka suka budak
Ingat suka bini-bini orang.. eei ...

Suka bini-bini orang sister? Ke kau tersalah type sis? Kau nak eja suami-suami ke sister?
Quote supernaturalee 7-12-2022 02:10 PM
noorhairiahma replied at 7-12-2022 11:47 AM
nampak tua dan sugul je cik man. patutnya buat macam dewa sayu, senyum senyum konfiden pandang kamer ...

nk lambai mende sis dgn bergari gitu
klu bergari sambil lambai2 kang terkena jambak abg polis kt blkg tu plk
dh kena charge lagi






Quote Siput_Sawah 7-12-2022 02:57 PM
che man che man why why, kalau la kau horny sgt kau cari la yg berbayar or yg sukarela bukan paksa rela mcm ni (apa berlaku dlm bilik abis kat dlm bilik) getchew.
Quote DragonSari 7-12-2022 03:00 PM
Malunyaaaa lah sian mak bapak dan family dia
Quote yeos 7-12-2022 03:26 PM
haritu i tengok dia aktif je kat ig dia, ni kedalam balik ye?
Quote beatgirlX 7-12-2022 03:32 PM
Hmm..tak tau la nak kata apa dah...
Quote TerataiMelur02 7-12-2022 03:37 PM
winky1 replied at 7-12-2022 12:56 PM
Innocent until proven guilty jugak ke ? Malaysia oh Malaysia...

Member iols mati2 backup cakap tak betul. Kes dewa sayu pun sama.
Atas alasan tak kan la selalu keluar tv/radio nak buat macam tu. Haiyooo!
Quote jihyomelly 7-12-2022 03:47 PM
antara penonggang agama yg tertangkap... dunia akhir zaman

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.044193 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top