CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5 Jam Dalam Bilik Mayat Kerana Disangka Mati Sebelum Meninggal 2 Hari Kemudian

6-12-2022 09:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1118| Komen: 3

Seorang lelaki Brazil yang disahkan mati oleh hospital didapati masih hidup dan bernafas ketika dibawa ke sebuah pusat pengebumian sebelum meninggal dunia dua hari kemudian akibat hipotermia, lapor portal berita MailOnline semalam.


Jose Ribeiro, dimasukkan ke hospital Februari lalu kerana menghidap kanser lidah. Dia diisytihar meninggal dunia oleh seorang doktor di sebuah hospital di Uruacu, dalam negeri Goias pada 29 November lalu.


Jose diisytihar mati oleh doktor di hospital sebelum mayatnya diletakkan di dalam beg mayat dan peti mayat di hospital. – Jam Press

Lelaki berusia 62 tahun itu kemudian diletakkan di dalam beg mayat dan disimpan di dalam peti sejuk di bilik mayat hospital selama lima jam sebelum dibawa ke rumah pengebumian.


Ketika berada di situ, seorang pekerja menyedari matanya dalam keadaan terbuka dan dia mengalami kesukaran untuk bernafas.

Keadaan Jose semakin merosot dan dia meninggal dunia dua hari kemudian, kata saudara perempuannya, Aparecida Ribeiro.

“Sukar untuk mempercayai apa yang telah berlaku. Jose berada di dalam beg plastik mayat selama lima jam dan kesejukan. Ia amat teruk, sukar untuk menerima situasi ini,” kata Aparecida.

Dr. Lucas Campos yang mengesahkan kematian lelaki itu di hospital turut digantung tugas dan disiasat atas dakwaan cubaan membunuh.

“Punca kematian iaitu hipotermia telah meningkatkan tanggungjawab ke atas doktor tersebut jadi, kami akan menukar klasifikasi siasatan daripada cubaan membunuh kepada pembunuhan hari ini (Jumaat lalu). 

“Ia adalah pembunuhan menyeluruh berikutan kemungkinan terdapat unsur niat jahat,” kata Timbalan Polis Awam Rialma, Peterson Amin. 


Sumber: Kosmo





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 6-12-2022 10:11 PM
images_copy_1024x1019.jpg
Quote boo08 5-12-2024 08:17 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Quote boo04 9-12-2024 08:18 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:01 AM GMT+8 , Processed in 3.322722 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top