CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mrs Malaysia World 2022 Bangga Nama Dilakar Malaysia Book of Records

6-12-2022 09:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2232| Komen: 13

Olivia Nicholas yang akan mewakili Malaysia ke pertandingan ratu cantik Mrs World 2022 di Las Vegas bulan ini, sudah pun melakar nama dalam Malaysia Book of Records.



Busana ini akan dipakai beliau pada pertandingan Mrs World 2022 pada 17 Disember nanti - Gambar Instagram Olivia Nicholas

Peguam berusia 30 tahun dari Ipoh, Perak itu yang dinobatkan sebagai Mrs Malaysia World 2022 pada Oktober, mencipta rekod negara apabila mengenakan busana kebangsaan yang dihiasi dengan syiling lima sen terbanyak - sebanyak 10,000 keping.

Busana yang akan dipakai beliau pada pertandingan Mrs World 2022 pada 17 Disember nanti, dipaparkan di sini malam semalam.



Olivia menggayakan pakaian itu, yang menggabungkan elemen tradisional Sabah dan Sarawak, serta mencipta sejarah dalam pertandingan ratu cantik Malaysia apabila beliau muncul sebagai Ratu ‘Destar Siga’ pada majlis itu yang turut disaksikan oleh wakil daripada Malaysia Book of Records.

Syiling lima sen itu mempunyai motif kain ‘Destar Siga’ iaitu kain tenunan bentuk asli yang berasal daripada masyarakat Kadazan Dusun di Sabah dan digunakan sebagai hiasan kepala semasa upacara tradisional.

Pereka dari Sarawak Saran Anak Lagong telah mencipta kostum itu, kata Pengarah Kebangsaan Mrs World Sdn Bhd Datin Harveen Kaur.

Beliau berkata Olivia akan bersaing dengan wakil dari lebih 60 negara untuk merebut mahkota Mrs World 2022 di Las Vegas dari 10 hingga 17 Disember ini.




Olivia akan ditemani suaminya Dr Sandeep Menon ke acara itu, katanya. 


Sumber: Bernama





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 6-12-2022 10:47 PM
Cantik orangnya dan cantik headpiece nya
Tapi utk meols yg ada trypophobia, meols takboleh tgk gambar sheols yg atas yg 3 in a row tu
Quote Sazreena 7-12-2022 01:06 AM
Ok la santek. Selayaknya dia meratu.
Quote emera 7-12-2022 08:26 AM
MBOR ni useless. Terbesar, terpanjang, terlebar, tertinggi… tu je laaa mampu buat rekod.
Quote KamikuP 7-12-2022 09:06 AM
Carcosa: Cantik orangnya dan cantik headpiece nya Tapi utk meols yg ada trypophobia, meols takboleh tgk gambar sheols yg atas yg 3 in a row tu ...


tryfobia tu apa sis? bila tengok gambar 3 in a row tu sis rasa mcmamana?

Quote syaz_lina 7-12-2022 09:10 AM
cantek..tapi nak menang tu susah sikit la
Quote sangbara2020 7-12-2022 10:13 AM
amboi gelang tangan
Quote RinIna 7-12-2022 10:51 AM
Mekap yg dia pakai baju syiling tu cantik..
Quote supernaturalee 7-12-2022 10:57 AM
gelang tangan tu plk dprd syiling yg dicairkan ke

ape ke gabak sgt tu
Quote MistrezHermanaz 7-12-2022 11:03 AM
cantik..tp nape miss universe malaysia x brp cantik
Quote TomyamPuteh 7-12-2022 11:13 AM
Pastu?...... Jadi tukang tepuk. Haaa tepukkkk
Quote mdhelmi 7-12-2022 11:37 AM
dah boleh dapat datuk ke ni
Quote boo08 5-12-2024 08:17 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Quote boo04 9-12-2024 08:18 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.062302 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top