CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Nafi Lagi Dakwaan Pele Semakin Tenat

6-12-2022 08:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 706| Komen: 2

Keluarga Pele sekali lagi menafikan spekulasi mendakwa ikon bola sepak Brazil yang sedang menjalani rawatan di hospital Sao Paulo itu berada dalam keadaan tenat.

Akhbar Folha de Sao Paulo pada Sabtu melaporkan Pele, 82, dipindahkan ke wad paliatif di hospital tempatan ekoran rawatan kemoterapi tidak lagi berkesan.


Reuters

Pele, pernah menjalani prosedur membuang tumor di usus besar pada tahun lepas, kini sedang menjalani rawatan susulan di klinik rawatan kanser dan menurut pihak hospital beliau menunjukkan tindak balas positif terhadap rawatan.

Dalam temu bual bersama TV Globo pada malam Ahad, dua anak perempuan dan seorang cucu legenda bola sepak itu menyatakan Pele sedang menjalani rawatan pernafasan berkaitan jangkitan COVID-19.


"Beliau sakit, beliau sudah uzur. Tetapi sebaik sahaja sihat, beliau akan pulang ke rumah," kata anak perempuannya, Kely Nascimento.

Kakaknya, Flavia Nascimento pula berkata: “bapa mereka berada di wad biasa dan adalah sangat tidak adil apabila orang mengatakan beliau berada di penghujung hayatnya dan dalam penjagaan paliatif. Ia tidak benar, kawan-kawan. Percayalah kami."

Cucu Pele, Arthur Arantes do Nascimento berkata: “Pele terharu dengan doa orang ramai ke atasnya”.

Mengenai dakwaan beliau sedang tenat: "Itu akan terjadi satu hari tetapi tidak hari ini. Beliau akan melihat Brazil menjadi juara dunia buat kali keenam," kata cucunya itu. 


Sumber: Bernama





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boo08 5-12-2024 08:19 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Quote boo04 9-12-2024 08:18 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.909736 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top