CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

100 Stesen Minyak Di Korea Selatan Kehabisan Petrol Sebab Pemandu Lori Mogok

6-12-2022 08:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 971| Komen: 5

Mogok seluruh negara oleh pemandu lori Korea Selatan menyebabkan hampir 100 stesen minyak di seluruh negara kehabisan bekalan, menurut data kerajaan.

Kesatuan sekerja kebangsaan berkata, ia akan melancarkan mogok umum hari ini sebagai menyokong pemandu.

Pemandu lori mogok berhubung program gaji minimum yang bermula pada 24 November, menyaksikan dua sesi rundingan antara kesatuan dan kerajaan, tetapi setakat ini belum ada kejayaan.


Reuters

Memandangkan bekalan bahan api dan bahan binaan semakin berkurangan, kerajaan Korea Selatan telah meningkatkan tekanan untuk menamatkan mogok itu.

Presiden Yoon Suk-yeol kelmarin mengarahkan persiapan untuk mengeluarkan perintah kembali bekerja untuk pemandu dalam sektor seperti penapisan minyak dan pembuatan keluli, di mana kerosakan ekonomi tambahan dijangka.


Suk-yeol minggu lalu memohon perintah sedemikian, yang pertama dalam sejarah negara, untuk 2,500 pemandu lori dalam industri simen.

Gabungan Kesatuan Sekerja Korea (KCTU), kesatuan yang menaungi kesatuan pemandu lori itu menyifatkan perintah 'mula kerja' oleh Presiden sama dengan undang-undang tentera dan berkata kerajaan harus berunding.

KCTU berkata, ia telah merancang untuk melakukan mogok hari ini bagi menyokong bantahan pemandu lori.

Sehingga petang semalam, hampir 100 stesen minyak telah kehabisan minyak.

Kira-kira 60 peratus daripada mereka berada di wilayah Seoul dan Gyeonggi, wilayah berpenduduk padat berhampiran ibu negara, menurut data Korea National Oil Corp.

Angka itu meningkat daripada 21 stesen minyak yang dikatakan kementerian industri kehabisan bahan api pada 28 November.

Di tengah-tengah kos bahan api yang melambung tinggi, seramai 25,000 pemandu lori menyeru kerajaan untuk menyediakan sistem gaji minimum kekal yang dikenali sebagai 'Kadar Pengangkutan Selamat', yang diperkenalkan buat sementara waktu pada 2020 untuk sebahagian kecil daripada lebih 400,000 pemandu lori.

Dalam mogok kedua mereka dalam masa kurang daripada enam bulan, pemandu lori itu meredah cuaca sejuk dan berdepan naratif kerajaan bahawa mereka dibayar dengan baik sebagai 'buruh bangsawan'.

Pentadbiran Suk-yeol berkata, ia tidak akan tunduk kepada tuntutan kesatuan itu.

Kerajaan berkata, ia akan melanjutkan program semasa selama tiga tahun lagi.

Kesan mogok umum tidak jelas dan bergantung kepada penyertaan, kata Han Sang-jin, jurucakap KCTU.

Menteri Buruh, Lee Jung-sik, semalam berkata bahawa mogok umum tidak akan mendapat sokongan orang ramai.

Tindakan mogok itu telah mengganggu rantaian bekalan Korea Selatan, dan menelan belanja lebih 3.2 trilion won (RM10.77 bilion) dalam penghantaran yang hilang dalam tempoh 10 hari pertama, kata kementerian industri kelmarin.

Kerugian dijangka meningkat dalam pelbagai industri, tetapi trafik di pelabuhan telah meningkat sedikit kepada 69 peratus daripada purata pramogok.


Sumber: BH Online






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 6-12-2022 11:04 PM
Edited by Carcosa at 6-12-2022 11:05 PM

Kat Korea Selatan, boleh la mogok.
Cuba try buat mogok kat Korea Utara tengok
Mau tak kena senapang dgn Jong Un
Quote ibugarang 7-12-2022 06:40 AM
Mana2 negara wajib ada issue gaji rendah..
Quote venom1 7-12-2022 07:38 AM
Carcosa replied at 6-12-2022 11:04 PM
Kat Korea Selatan, boleh la mogok.
Cuba try buat mogok kat Korea Utara tengok
Mau tak kena sen ...

tak sempat mogok..tengok drama korea selatan pun dah kena hukum mati.
Quote boo08 5-12-2024 08:19 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Quote boo04 9-12-2024 08:20 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.352264 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top