CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Mod Goblin' Dipilih Oxford English Dictionary Sebagai Perkataan Tahun 2022

6-12-2022 08:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 762| Komen: 2

Oxford English Dictionary memilih istilah slanga “mod goblin” sebagai perkataan tahun ini yang buat kali pertama kali dalam sejarah penerbitannya pemilihan perkataan itu berdasarkan undian awam.


Oxford Word of the Year mencerminkan etos, mod atau keasyikan sepanjang dua belas bulan lalu, berpotensi sebagai istilah yang mempunyai kepentingan budaya yang berkekalan, lapor Sputnik.


Gambar hiasan

“Mod goblin”, istilah slanga yang digunakan untuk menggambarkan jenis tingkah laku yang “mementingkan diri sendiri, malas, selamba atau tamak, lazimnya berdasarkan cara yang menolak norma atau jangkaan sosial,” menurut penerbit kamus Oxford Languages.

Ungkapan itu mula digunakan di Twitter pada 2009 dan di media sosial pada Februari tahun ini.


Istilah ini popular selepas banyak negara melonggarkan sekatan COVID-19, termasuk sekatan perjalanan, dengan kira-kira enam orang mula menolak idea “kembali kepada kehidupan normal”, memberontak terhadap “pendirian estetik yang semakin tidak dapat dicapai dan gaya hidup tidak mampan yang dipamerkan di media sosial.”



Undian untuk memilih Word of the Year telah dijalankan dalam talian sejak dua minggu lepas dengan lebih 300,000 penutur bahasa Inggeris mengundi. Istilah “metaverse” berada di tempat kedua dan hashtag “IStandWith” di kedudukan ketiga. 


Sumber: BERNAMA






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boo08 5-12-2024 08:20 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Quote boo04 9-12-2024 08:20 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.087058 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top