CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiket Mahal, BAM Janji Penganjuran Terbuka Malaysia 2023 Berbaloi

6-12-2022 07:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 660| Komen: 2

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan memastikan penganjuran Terbuka Malaysia 2023 pada 10 hingga 15 Januari tahun depan benar-benar berbaloi sekali gus bertepatan dengan harga tiket tinggi yang dibayar peminat.


Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berharap penganjuran kejohanan yang bakal menjadi pembuka tirai siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF), akan memberikan pulangan besar serta menyajikan pengalaman menakjubkan buat penonton di Axiata Arena kelak.


Astro

"Seperti semua tahu kejohanan kali ini merupakan acara Super 1000 atau dalam erti kata lain ‘Grand Slam’ bagi badminton.

"Kami akan cuba buat yang terbaik (untuk) pastikan peminat dapat pengalaman yang amat menggembirakan dan seterusnya dapat dijadikan sebagai satu memori yang mampu diingati buat selama-lamanya,” katanya kepada pemberita pada sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, di Kuala Lumpur pada Selasa.


BAM menerusi satu kenyataan pada Isnin memaklumkan jualan tiket yang mula dibuka sejak pukul 11 pagi Isnin mendapat sambutan hangat dengan beberapa kategori tiket hampir habis dijual.

Kenny berkata, acara Super 1000 juga bakal menampilkan seramai 30 bintang badminton dunia bagi setiap kategori.

Beliau pada masa sama mahu penganjuran karnival di luar venue seperti yang dilaksanakan pada edisi tahun ini akan dapat diteruskan dalam usaha menyemarakkan lagi kemeriahan Terbuka Malaysia 2023.

"Saya harap para peminat yang hadir dapat memberikan sokongan padu bukan sahaja terhadap Terbuka Malaysia 2023 malah pemain kebangsaan kita. Terima kasih kepada semua atas sambutan amat menggalakkan ini,” katanya.

Terbuka Malaysia yang dinaik taraf kepada Super 1000 dari Super 750 bermula tahun depan adalah kejohanan peringkat teratas Jelajah Dunia BWF dengan menawarkan hadiah wang tunai lebih besar serta mata ranking dunia lebih tinggi. 


Sumber: Bernama





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boo08 5-12-2024 08:20 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Quote boo04 9-12-2024 08:21 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.051741 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top