CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menari Setiap Kali Berjaya Jaring Gol, Tarian Pemain Brazil Di Tengah Padang Dikecam

6-12-2022 06:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1923| Komen: 11

DOHA, QATAR – Sebilangan peminat bola sepak mendesak supaya Brazil disingkir daripada Piala Dunia Qatar selepas pengurus pasukan dan pemain membuat ‘tarian bapa’ dalam aksi perlawanan menentang Korea Selatan, lapor akhbar Daily Star semalam.


Juara lima kali itu mendahului  4-0 ketika menentang Korea Selatan pada separuh masa pertama dalam perlawanan malam semalam. 

Vinicius Jr menjaringkan gol pertama hanya selepas 7 minit perlawanan bermula, manakala jaringan itu diraikan dengan gerakan tarian seragam daripada para pemain Brazil.


Foto: AFP


Mereka mengulangi gerakan tarian yang sama selepas setiap jaringan gol.


Tidak cukup dengan itu, para pemain Brazil turut berlari ke garisan tepi untuk mengajak pengurus, Tite agar menari bersama selepas Richarlison menjaringkan gol ketiga.

Situasi itu menyebabkan ramai penyokong pasukan lawan menggesa agar pasukan Brazil atau dikenali sebagai Selecao disingkir daripada kejohanan itu sebagai hukuman.

“Adakah saya seorang sahaja yang berasa tindakan itu menjengkelkan apabila pasukan Brazil menari seolah-olah mereka telah memenangi Piala Dunia ketika menentang Korea Selatan?” kata seorang netizen.

“Brazil perlu hilang kelayakan (dalam Piala Dunia) kerana meraikan (tarian) seperti itu,” kata seorang pengguna lain. 

Brazil menyasarkan untuk meneruskan kehebatan mereka dalam Piala Dunia dengan menempa kejuaraan keenam pada acara di Qatar tahun ini dan membawa pulang piala pertama kali sejak 2002. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cokoro 6-12-2022 06:33 PM
Biar lah depa nk menari pun. Tu nama dia perang psikologi
Quote ekselen 6-12-2022 07:04 PM
Team kuat berlakon
Quote pengecattaik 6-12-2022 07:09 PM
Nyampah..tak over bukan Brazil la namanya!
Quote Zack8hunter 6-12-2022 07:13 PM
kalo main sepak takraw lagi psiko tau..haha
Quote Azhargoth 6-12-2022 08:13 PM
Apa punya bodo..peminat team mana ni itu trademark depa dari dulu lagi..
kot nak protes neymar kena tackle tegolek2 berpusing dari tiang gol sendiri sampai tiang gol lawan ok la jugak
Quote reddots 6-12-2022 10:45 PM
Edited by reddots at 6-12-2022 10:47 PM
Azhargoth replied at 6-12-2022 08:13 PM
Apa punya bodo..peminat team mana ni  itu trademark depa dari dulu lagi..
kot nak protes neymar ...


Sure la army tu depa bukan tau pun pasal bola.. dengki la tu negara oppa depa x menang
Pastu depa sentap tgk oppa bola sepak tak secantik ,ploles mcm oppa kat pentas.
Quote Goodluckdontcry 6-12-2022 11:38 PM
Den ni skang dah xminat dh bola2 ni..tp ko pehal, setakat nak rai jaringan, lantak die la nak buat apa..nk berguling..nak nangis..nak buat apa2 sign..dr dulu lg kut, ada je players ni buat bila jaring gol...poyo nak mampus...baru kenal bola ke ngok??? Kehkehkeh gitu den melahar penyokong kpop yg budus...
Quote rosedemon 7-12-2022 10:28 AM
tak tau sal bola sukati ko lah
Quote pittjie 7-12-2022 10:45 AM
Aku lg terganggu tgk sorang player korea yg pakai mask zorro tu. Walau itu protection mask tuk kecederaan dia sebelum ni. Hahaha
Quote boo04 9-12-2024 08:21 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.098511 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top