Seorang lelaki mengakui tidak berasa sakit meskipun lehernya cedera ditikam dengan trisula atau lembing kepala tiga.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku selepas Bhaskar Ram, 33, bergaduh dengan dua lelaki di tempat kerjanya di Kalyani, India sebelum salah seorang daripadanya menikam dengan trisula sepanjang 45 sentimeter yang berusia 150 tahun. Susulan itu, dia dikejarkan ke hospital berdekatan pada 28 November dan terpaksa dipindahkan ke hospital khusus yang jaraknya sejauh 65 kilometer. Meskipun trisula berkenaan menembusi lehernya, Ram seolah-olah tidak berasa sakit malah kelihatan sangat tenang.
Dia kemudian menjalani pembedahan kecemasan pada jam 3 pagi bagi mengeluarkan senjata yang tertusuk di leher. Lebih menghairankan apabila, tikaman tersebut tidak memutuskan sebarang urat atau arteri sebaliknya kecederaan yang dialami berada dalam keadaan yang jauh lebih baik daripada yang disangkakan. Menurut Dr Banerjee, dia juga terkejut selepas melihat tiada kesan darah atau kecederaan yang teruk pada leher Ram. "Hanya kesan darah ditemui di luar mulutnya. "Entah bagaimana, tikaman kejam itu terlepas semua organ penting Ram dan pesakit telah pulih dengan sangat baik," katanya. - CARI Sumber: mStar/Daily Star
|
shernazz replied at 6-12-2022 11:52 PM
Mesti ada dewa selamatkan dia ni kalau ikut kepercayaan dia...
ninja9 replied at 7-12-2022 12:25 AM
terus aku teringat cerita ahli matematik india, ramanujan yang katanya diajar dewa supaya pandai m ...
ADVERTISEMENT