Satu ciapan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta rakyat Malaysia supaya tidak memberinya nama panggilan sebagai ‘Papa’ mengundang perhatian ramai.
Ahli Parlimen Tambun itu membalas komen seorang pengguna Twitter, @mirulwrld yang mengucapkan ‘Selamat pagi papa’ di bawah posting berhubung rasuah dalam kalangan ahli politik di Malaysia. Beliau membalas dengan menulis ‘Jangan buat begitu’ kepada pengguna Twitter tersebut. Sebelum ini, dua Perdana Menteri memiliki panggilan ‘istimewa’ yang melambangkan figura kebapaan sekali gus membuatkan rakyat berasa dekat dengan pemimpin mereka. Sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin and Datuk Seri Ismail Sabri menerajui negara, masing-masing yang mesra dipanggil ‘Abah’ dan ‘Pak Long’ tidak menolak dipanggil sebegitu. Untuk rekod, Anwar menamatkan penantian 24 tahun bagi bergelar Perdana Menteri susulan kejayaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November lalu. -CARI |
cmf_premierleag replied at 6-12-2022 05:49 PM
Eloklah DSAI stop budaya bangang abah la pak ngah la bagai...padahal politicians tu pun x kenal org
...
cmf_premierleag replied at 6-12-2022 09:49 AM
Eloklah DSAI stop budaya bangang abah la pak ngah la bagai...padahal politicians tu pun x kenal org
...
Rdizz replied at 6-12-2022 06:12 PM
Hahaha
Baru ni sempat lagi abahcow buat perangai boh nama dlm ucapan, makcik miah bla bla.. itu j ...
Orenn1 replied at 6-12-2022 06:15 PM
khennn menyampahhh betul jenis2 pprt ni, over namamposs segala abah lah paksu lah apalah ujung2 jd ...
cmf_premierleag replied at 6-12-2022 10:18 AM
Tu la..aku geli sungguh ms ummah2 duk berabahcow dgn din pagoh..pastu paklong pakngah paklang baga ...
ADVERTISEMENT