CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Muhyiddin Jangan Cabar, Saya Nak Tumpu Uruskan Negara,"- Anwar Ibrahim

6-12-2022 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1563| Komen: 15

Putrajaya: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar kerajaan berhubung isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan di bawah pentadbiran Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sebelum ini.


Perdana Menteri menegaskan bahawa berdasarkan maklumat diperolehnya, sememangnya ternyata wujud beberapa proses dan prosedur yang tidak dipatuhi dalam perbelanjaan dana berkenaan yang dibuat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat sebelum ini.

Malah beliau yang juga Menteri Kewangan mendedahkan terdapat beberapa syarikat berkepentingan atau terkait dengan keluarga yang turut terbabit.


Foto: Harian Metro


"Jadi saya ingin jelaskan bukan maksud saya, sepertimana (saya kata) saya nak tumpu perhatian mengurus negara, memacu pertumbuhan ekonomi dan memberi kebajikan kepada rakyat. Tetapi sebaik dicabar, kita terpaksa melihat.

"Mereka boleh uar-uarkan bersih tidak bersih, (tetapi) tidak bersih sama sekali bila kita sebut mengenai kelulusan yang dibuat tidak ikut peraturan, begitu juga kelulusan yang dibuat semasa PKP," katanya dalam sidang media pertamanya sebagai Menteri Kewangan, hari ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingergrumpy 6-12-2022 12:23 PM
Padu.....chaiyok...chaiy0okkkkkkm
Quote wirazam 6-12-2022 12:29 PM
Lawan tetap lawan...nak tgk penyudahan 600 billion nih
Quote manehnya 6-12-2022 12:30 PM
Dh jd kerajaan pun goyang
Quote sangbara2020 6-12-2022 12:50 PM
begaduhla korg...belanjawan nanti jgn lupa bonus
Quote tripleid 6-12-2022 01:02 PM
zaman midin 600bilion habis tapi rakyat tetap ramai yg kena angkat bendera putih

must be something wrong somewhere..
Quote grouper 6-12-2022 01:05 PM
Bukan 600billion sebenarnya 530billion...
Quote black_handbag 6-12-2022 01:10 PM
patutla lama benar abahcow kurung rakyat. dia sedap2 menyakau kat atas sana, rakyat nak bukak kedai, nak keluar keje, nak cari makan pun tak boleh
Quote Body_language 6-12-2022 01:36 PM
Tak boleh belah Anwar. Dia yg tuduh. Dia yg goyang. Nmpk sgt mmg fishy di situ
Quote lightheaded67 6-12-2022 01:39 PM
fuyooo ade bau bau punjara kah
Quote TomyamPuteh 6-12-2022 01:41 PM
Rakyat nk tgk korang bergaduh je ke?
Quote Piramida 6-12-2022 01:41 PM
Edited by Piramida at 6-12-2022 01:44 PM

Oklah tu. Sama je pusingannya.
Dulu masa pembangkang, membangkang menggangu gugat je. Rakyat pun pening.
Quote Duriand24 6-12-2022 01:50 PM
First time dapat pm cepat #koyak
Quote lola0311 6-12-2022 02:38 PM
hahahaha suka hati lah nk ckp ape ckp pembangkang. asal semua menteri ni tisu je semua
Quote rosedemon 7-12-2022 10:19 AM
sukati ko la sume taguna
Quote cm_vungtau 7-12-2022 04:03 PM
Naper attack yidin aje. Bila nak attack atuk?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.130809 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top