CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Reda Anak Dibaham Buaya, "Tuhan Lebih Sayangkan Dia, Nanti Jumpa Di Syurga"

6-12-2022 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1360| Komen: 8

Baru-baru ini tular video memaparkan seorang lelaki cedera ketika cuba menyelamatkan anaknya yang dibaham buaya. 

Insiden ngeri itu dipercayai berlaku ketika dua beranak ini sedang berkayak di Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin, Lahad Datu, Sabah.

Terbaharu seorang influencer Adrian Edy berkongsi dia pergi menziarahi bapa mangsa, Morehan di kediamannya di Lahad Datu. 


Foto: Tiktok

Adrian Edy turut menghulurkan sedikit sumbangan berupa wang ringgit kepada keluarga mangsa selain kata-kata semangat.

Menurutnya si bapa sedih dengan pemergian anak tercinta namun dia reda dengan takdir yang telah ditetapkan buat mereka sekeluarga. Malah si bapa turut menyimpan hasrat untuk bertemu dengan anaknya di syurga kelak.

"Ziarah pak cik Morehan, ayah kepada mangsa yang dibaham buaya di Lahad Datu beberapa hari lalu, sedih sangat, beri kata kata semangat dan duit belanja buat pak cik. Pak cik kata dia redha dengan apa yang terjadi, Tuhan lebih sayangkan anak dia, nanti dia akan jumpa anak dia di syurga katanya."



Pastinya tangisan seorang bapa yang gagal menyelamatkan anaknya telah mengundang sebak netizen. 

Rata-rata daripada mereka turut bersimpati dengan nasib malang yang menimpa dua beranak ini. 

Titipkanlah doa agar si bapa dan keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 6-12-2022 03:21 PM
Utk content? Iolls xkenal sape dia ni..tp video2 slow mo ngn the right song mmg blh bg sebak kt viewer..kalo org slow mo video aku nk korek hidung pastu ltk lagu sedih pn blh jd sebak bila tgk hahahha
Quote Simunggu 6-12-2022 04:17 PM
berapa ramai anak pilak mati di Sabah...mana org tau, tak ada rekod...mati sbb mcm mcm, hisap gam...sakit, siapa tau....mereka ini tiada IC...stateless
Quote noorhairiahma 6-12-2022 04:20 PM
dewa sayu yebit pun dah melawat. siap bagi boat.
Quote Tembikaigoreng 6-12-2022 05:27 PM
Alhamdulillah... Banyak rezeki pakcik dpt!!! Bahaya betul kawasan tu ada buaya
Quote fazzrules 6-12-2022 05:29 PM
Anak kpd tokey kedai sport yg di saspek bookie zaman bolasepak sabah ramai mkn rasuah matlan marjan n gangs..
Quote adeqbun 6-12-2022 05:35 PM
1 je la..netizen yg la duk gebang komen positive toxicity ckp psl anak berlari2 d syurga..bapak kene redho...semua ade hikmah..kene bangga sbb terpilih anak jd ahli syurga etc etc....xkisah la kes ni atau kes2 yg anak2nye meninggal mengejut,jgn la ulang2 psl suruh redho dan berlari2 d syurga tu..parents diorg pon tau camne nak redho .tp bg la masa...time will heal..let them cry and grief for a moment..bkn diorg menidakkan takdir..tp benda ni bab kesedihan kot...
Quote rosedemon 7-12-2022 10:18 AM
sedih tgk muka apaknya. semoga masa mengubat segalanya
Quote grouper 7-12-2022 10:21 AM
Influenzer indon yg byk buat content camni ...nampaknya kat msia pun dah start

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.039726 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top