Dua remaja perempuan berumur 13 dan 14 tahun diserang dalam sekitar pukul 7:30 pagi waktu tempatan dan telah dibawa ke hospital dengan kecederaan yang parah.
Menurut kenyataan pihak polis tempatan, remaja perempuan itu dipercayai sedang berjalan kaki menuju ke bas sekolah apabila diserang seorang suspek bersenjatakan pisau. Suspek seterusnya melarikan diri ke bangunan berdekatan untuk meloloskan diri. Pihak polis telah menyerbu bangunan itu dan membuat tangkapan ke atas dua individu yang ditemui di dalam premis tersebut.
Kejadian berlaku di Illerkirchberg berdekatan Munich, Jerman. Ia masih belum dikenal pasti sama ada suspek mengenali dua mangsa perempuan tersebut tetapi proses sisasatan telah dimulakan. Polis juga masih belum dapat menyatakan motif di sebalik serangan itu. -CARI Sumber: mStar The Sun
|
ADVERTISEMENT