CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencemaran Udara Teruk Di China Ragut Nyawa 64,000 Bayi

6-12-2022 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1065| Komen: 5

BEIJING – Satu kajian baharu mendapati bahawa partikel halus dalam udara tercemar telah membunuh sehingga 64,000 bayi dalam kandungan setiap tahun di China, lapor laman berita Wion News kelmarin.


Statistik itu mengejutkan meskipun pelbagai usaha dilakukan oleh Beijing bagi mengawal pencemaran udara sejak lebih 10 tahun lalu.

Kajian sama menganalisis 137 negara yang mana penemuannya mendapati bahawa pendedahan pada partikel terhasil apabila bahan api fosil dibakar dan lebih kecil berbanding 2.5 mikron (PM2.5),  menjadi punca  40 peratus kematian janin di Amerika Latin, Asia dan Afrika pada 2015.



Foto: Wion News


China berada di tempat keempat melibatkan kematian bayi  semasa dalam kandungan berkaitan PM2.5, demikian menurut kajian diterbitkan dalam jurnal Nature Communications itu.

Sementara India yang mencatatkan 217,000 kematian janin berkaitan PM2.5 pada 2015 berada di tempat pertama, diikuti oleh Pakistan dan Nigeria.

Pasukan penyelidik dari Universiti Peking itu menjelaskan, langkah-langkah yang dilaksanakan pihak berkuasa China dalam tempoh 10 tahun lalu bagi mengawal pencemaran udara, berjaya mengurangkan bilangan kematian bayi dalam kandungan.

“Kualiti udara yang bertambah baik di sebilangan 137 negara (contohnya China), mungkin boleh membantu mengurangkan kematian semasa lahir ini.

“Justeru, memenuhi sasaran kualiti udara seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dapat mencegah tragedi ini,” kata pasukan penyelidik dalam kajian tersebut.

Tambah mereka, apabila partikel pencemaran melepasi plasenta, ia boleh menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan pada embrio. Partikel halus itu  juga mengganggu penghantaran oksigen kepada janin.

“Dalam masa beberapa tahun ini, China berusaha sedaya upaya untuk merawat pencemaran udara dan sebagai hasilnya, ia menyaksikan peningkatan pesat dalam kualiti udara.

“Namun, populasi penduduk yang tinggi dan pembangunan sosial tidak sekata bermakna  masih ramai wanita hamil yang terdedah kepada pencemaran udara,” kata pengarang utama kajian, Zhu Tong. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 6-12-2022 11:01 AM
Baca kat thread mana tah china ni nak kurangkan populasi penduduk. Bila tengok news ni mcm betul je khabar angin tu. Hmmm entahlah
Quote rosedemon 7-12-2022 10:15 AM
eloklah takyah nak membiak sangat
Quote d_anne04 7-12-2022 10:38 AM
nak kurangkan populasi pun jangan la dibunuh bayi yang tak berdosa tu..
Quote Triple_8 7-12-2022 11:51 AM
d_anne04 replied at 7-12-2022 10:38 AM
nak kurangkan populasi pun jangan la dibunuh bayi yang tak berdosa tu..

Komunis bencikan agama, tetapi sendiri ingin menjadi tuhan.
Quote grouper 7-12-2022 11:56 AM
Nape kat msia xde kes janin meninggal sbb pencemaran udara? Bersih sgt ke msia ni? Janin mati dalam kandungan tu diorg buat post mortem x utk tau sbb apa dia meninggal?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.096483 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top