CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekumpulan Lelaki Bersenjata Lepaskan Tembakan Rambang Di Masjid- 12 Jemaah Terbunuh, Lain Diculik

5-12-2022 09:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1648| Komen: 7

ABUJA, Nigeria – Sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di sebuah masjid di Katsina, Nigeria dan membunuh kira-kira 12 jemaah termasuk ketua imam, sebelum menculik sebilangan yang lain, lapor laman berita Wion News semalam.


Polis Katsina yang mengesahkan serangan itu berkata, beberapa jemaah yang diculik berjaya diselamatkan dengan bantuan penduduk setempat.

Serangan berlaku di Aasjid Maigamji apabila sekumpulan lelaki bersenjata tiba dengan menaiki beberapa buah motosikal dan melepaskan tembakan rambang, menyebabkan jemaah lari untuk menyelamatkan diri, kata penduduk bandar Funtua, Lawal Huruna kelmarin.


Foto: ATR News


Penduduk tempatan berkata, sekurang-kurangnya 12 orang ditembak termasuk ketua imam. 

“Kumpulan itu kemudian mengumpulkan orang ramai dan menculik mereka,” kata seorang lagi penduduk, Abdullahi Mohammed.

Serangan itu adalah yang terbaharu di Nigeria. Kejadian serupa berlaku sebelum ini di mana kumpulan penyamun bersenjata telah membunuh dan menculik orang ramai untuk meminta wang tebusan.

Kedudukan Katsina yang bersempadan dengan negara jiran, Niger berisiko tinggi kerana penyamun bergerak bebas antara kedua-dua negara. 

Kumpulan samseng itu turut menuntut penduduk tempatan membayar wang  perlindungan untuk menuai hasil tanaman dan ladang mereka. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 5-12-2022 09:17 PM
Allah bayar cash kat penunggang agama ke apa ni sister?
Quote kakikuDibibirmu 5-12-2022 09:18 PM
Surprise, surprise madafaka nigga

[youtube]R2hMZ_eetLw[/youtube]
Quote rosedemon 6-12-2022 09:43 AM
allahu. semoga surga mati ketika beribadah
Quote syaz_lina 6-12-2022 09:54 AM
Bkn nigeria majoriti muslim ke..ko dah kenapa tembak org pi masjid
Quote Cassieopeia 6-12-2022 11:40 AM
la penyamun ke tuntut duit perlindungan bagai tu.. innalillah
Quote Supersirap 6-12-2022 12:03 PM
Semoga sipelaku mendapat hukuman yang setimpal
Quote auntieagony 6-12-2022 12:10 PM
Innalillahiwainnailaihiraajiun.

Semoga yg terkorban mati syahid, meninggal dunia di rumah Allah dlm keadaan mulia dan diredhai Allah.
Insya Allah
Allahumma Aamiin

Allahumagfirlahum
Warhamhum
Wa'afihim
Wa'fuanhum

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.191144 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top