CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Diceraikan Suami Gara-Gara Jadi Cacat Selepas Buat Pembedahan Plastik

5-12-2022 06:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1269| Komen: 3

Amman: Gara-gara membuat pembedahan plastik menggunakan khidmat bukan pakar bertauliah, seorang wanita di Jordan bukan hanya cacat malah diceraikan suaminya.

Menurut media tempatan, suami wanita itu menceraikannya selepas pembedahan plastik itu gagal hingga menyebabkan kecacatan.

Ketua Persatuan Pembedahan Rekonstruktif dan Plastik dan Rekonstruktif Jordan, Omar Al Shobaki mendedahkan, pembedahan itu dilakukan individu bukan pakar.

Gambar Hiasan

Katanya, individu berkenaan mengenakan bayaran lebih tinggi berbanding profesional dalam bidang itu.

"Pembedahan plastik dilakukan pakar kosnya kurang daripada prosedur bukan pakar," katanya.

Omar berkata, individu berkenaan melakukan peratusan besar kesilapan dan menawarkan iklan mengelirukan dan menipu orang ramai.

"Tiada pakar bedah di dunia boleh membetulkan kecacatan yang disebabkan oleh pembedahan," katanya.

Lembaga Pembedahan Plastik, Pemulihan dan Terbakar Jordan atau yang setaraf dengannya, adalah satu-satunya pensijilan yang diperlukan untuk prosedur pembedahan plastik. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 5-12-2022 06:43 PM
cashhh la kauuu, sapa suh ubah kurniaan Illahi

nikmat apa yang kauuuu dustakan?

Quote rosedemon 6-12-2022 09:38 AM
adan ukeee sape suro ubah2 mendapatlah
Quote KamikuP 6-12-2022 12:44 PM
Wartawan pon, tepek le gambo. Susah pulak meolss nak komen dan bagi cercaan sepatah dua.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.046376 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top