CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

TPM Fadilah Fokus Laksana Inisiatif Untuk Merapatkan Hubungan Antara Sarawak, Sabah Dan Semenanjung

5-12-2022 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1127| Komen: 11

Putrajaya: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mahu memfokuskan pelaksanaan pelbagai inisiatif untuk merapatkan hubungan antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung.


Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, inisiatif merapatkan jurang kemudahan dan pembangunan di Sarawak dan Sabah, turut menjadi perhatian utamanya selepas digalaskan kepercayaan sebagai Timbalan Perdana Menteri dari wilayah Borneo.

Beliau berkata, ia antara perkara yang diamanatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepadanya pada mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diadakan hari ini, pertemuan pertama kesemua Jemaah Menteri selepas mengangkat sumpah jawatan pada 3 Disember.


Foto: Harian Metro


"Saya kira kita patut fokus jurang dari segi hubungan antara tiga wilayah (Sarawak, Sabah dan Semenanjung), supaya dapat kita rapatkan.

"Ini supaya semangat betul-betul sebagai warga Malaysia dapat diwujudkan, bukan lagi berdasarkan wilayah tetapi bagaimana kita dapat asimilasikan, supaya nilai norma dan budaya ini dapat diterjemahkan sebagai warga Malaysia," katanya ketika ditemui di Pejabat Timbalan Perdana Menteri di sini hari ini untuk memulakan tugas secara rasmi.

Fadillah berkata, tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri yang mewakili wilayah Borneo adalah satu tugas yang besar dan perlu digalas sebaiknya.

"Harapan daripada Borneo agak tinggi. Sudah pasti saya kena galas tugas ini dan saya perlukan kerjasama bukan saja dari Ahli Parlimen Borneo, kita kena bersama semua Ahli Parlimen untuk kita lihat macam mana kita dapatkan rapatkan jurang tiga wilayah," katanya.

Mengenai mesyuarat khas Kabinet hari ini, Fadillah berkata, Perdana Menteri memperjelaskan hala tuju yang perlu dilaksana oleh Jemaah Menteri, serta urusan kerja yang perlu dilakukan terutamanya dalam menangani cabaran kos sara hidup.

"Kita pastikan kita dapat gerakkan jentera kerajaan bersama Kabinet, supaya kita dapat urus tadbir sebaik mungkin," katanya.

Fadillah turut memaklumkan mesyuarat Kabinet sebenar akan diadakan pada Rabu, bagi memperjelaskan fungsi setiap kementerian.

"Kita ingin tangani pertindihan, supaya dengan jelas nanti kerana kos sara hidup libatkan banyak kementerian," katanya.

Fadillah mengimbas kad perakam di Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Perdana Putra pada 12.04 tengah hari, selepas menghadiri mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan dipengerusikan Anwar.

Beliau sebelum itu hadir ke Kementerian Perladangan dan Komoditi di sini pada kira-kira 8.30 pagi, serta diberi taklimat mengenai kementerian itu.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu ialah seorang daripada dua Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan selain Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diumumkan perdana menteri pada Jumaat lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 5-12-2022 04:42 PM
Abang Long Fadil tersenyum sinis dengan Fadilah
Quote zidane_ziege 5-12-2022 04:46 PM
kalau lepas ni masih mundur jugak kena check la spesis pemimpin apa yg korang lantik jadi wakil rakyat  ni..
Quote ayukpingu 5-12-2022 04:46 PM
sembang..tak lama lagi kena cucuk hidung la tu
Quote tri-max 5-12-2022 05:23 PM
rapatkan hubungan tu acane.. boleh buat jambatan cross dari johor ke sarawak ke? senang sikit, asik nak naik belon jah
Quote pooh~key 5-12-2022 06:23 PM
Akak benci driver penang dekkk… marilah kita jauhkan jurang malaya dengan penang dek.
Quote Skuau 5-12-2022 06:26 PM
syukur...akan dibina jambatan dr jb ke kch....
Quote Triple_8 5-12-2022 06:53 PM
Sila ketuk dulu pihak yang jual tiket ke Sabah & Sarawak lebih mahal daripada tiket ke Arab Saudi.
Quote lucky_peace 5-12-2022 08:30 PM
Turunkan harga flight dulu supaya netizen dari kedua2 bahagian senang nak g mana2 dalam Malaysia ni.
Quote kakikuDibibirmu 5-12-2022 11:01 PM
Jamu perapat ke ni? Akak tak nak laksa Sarawak rasa makjun
Quote rosedemon 6-12-2022 09:32 AM
ok tgk jela hasilnya nanti
Quote pekanwoohoo 6-12-2022 10:07 AM
TPM dah dapat orang Borneo. Semoga orang Borneo takdelah yang bodoh sangat akan ulang cakap Malaya curi duit lah apa lah. Padahal pelingkup tu memang orang Borneo sendiri, tapi ramai yang bebal percaya cakap politikus Borneo cakap Malaya pencuri.

Abdul Taib Mahmud tersenyum sinis

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.103952 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top