CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sakan Berjalan Sana Sini, Show, Konsert Anak- Sharifah Shahirah Positif Covid-19 Kali Kedua

5-12-2022 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1510| Komen: 3

Sharifah Shahirah memaklumkan dia dijangkiti Covid-19 kali kedua sejak Ahad lalu.

Shahirah atau lebih mesra dengan sapaan Shiera, 48, berkata, dia tergerak hati membuat ujian Covid-19 selepas suaranya berubah selain mengalami demam namun tidak teruk seperti sebelumnya.


Foto: IG

"Demam, check Covid-19... dah cakap dah! Suara sengau tapi makan selera dan ada rasa. Kita perolehi kemenangan yang kedua. Boleh kerja, kan?," katanya.

Perkara itu dikongsikan penyampai radio berkenaan menerusi Instagram miliknya.



Menerusi video yang dimuat naik, Shiera dilihat sedang menikmati burger dengan penuh berselera walaupun dijangkiti wabak berkenaan.

Dalam pada itu, Shiera juga turut memohon maaf kepada sesiapa yang turut dijangkiti Covid-19 selepas bertemu dengannya memandangkan sebelum ini dia banyak bertemu orang ramai di beberapa acara sejak beberapa hari lalu.

Shiera berharap tiada pihak berasa marah dengannya meskipun sudah cuba mengelak bersalaman atau bergambar dengan peminat namun tidak mahu menghampakan permintaan mereka.



"Awak semua jangan marah saya. Saya sakan berjalan sana sini, show... konsert anak. Saya tak nak salam, awak nak salam. Saya tak nak bergambar, awak nak sebab saya batuk manja.

"Okay minta maaf sesiapa yang jumpa kita," katanya lagi.

Sementara itu, Shiera berharap dia segera sembuh kerana ingin kembali bekerja kerana jadualnya yang padat dengan pelbagai program termasuk tugas di konti Suria FM.

"Kita memperoleh kekalahan yang kedua kali ini. Ini nak masuk dekat MySejahtera ke atau buat dek (tak tahu) jer? Saya perlu sihat pada lusa sebab perlu kerja," jelasnya.

Sehubungan itu, rata-rata rakan artis dan peminat turut mendoakan agar Shiera segera diberikan kesembuhan.



"Semoga cepat sembuh, Allah nak bagi rehat tiga empat hari tu.

"Dugaan kecil sahaja, semoga cepat sembuh. Hari keempat buat pemeriksaan semula. Kalau dah sihat, masuk kerja," komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 6-12-2022 10:21 AM
sukati kola nak kena kobid 10 kali pon
Quote acepark 6-12-2022 05:29 PM
semoga ceepat sembuh.bosan la suria ptg x der rara.
Quote bambimbom 10-12-2022 09:07 PM
Cantik buat kaler tema family putih tp mcm takde beza org dtg dgn pengantin kan..

Pape pun moga kak rara cepat sembuh

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.041142 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top