CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terjun Sebab Selipar, Wanita Maut Disedut Kipas Bot

4-12-2022 11:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1507| Komen: 5

Seorang pelancong di Colombia maut akibat disedut masuk ke dalam kipas bot selepas terjun ke dalam laut untuk mengambil selipar, lapor akhbar The Sun semalam.

Saksi kejadian menjerit ketakutan apabila mangsa, Natalia Andrea Larranaga Fajardo, 26, dirempuh oleh bot itu pada 27 November lalu. 


Natalia cedera terkena kipas bot ketika menyelam untuk mendapatkan seliparnya yang terjatuh di dalam air. - CEN/Australscope

Mangsa mula mengalami banyak pendarahan selepas cedera parah di kaki dan bahagian bawah badannya. Kejadian itu berlaku di Pantai White Wata di pulau San Andres.

Natalia dilaporkan terjun untuk mengambil seliparnya sebelum badannya ditarik ke arah kipas bot, demikian menurut beberapa laporan.


Mangsa kemudian dibawa ke sebuah hospital di pulau itu, sebelum menjalani beberapa prosedur pemindahan darah dan pembedahan untuk membaiki saluran darahnya.

Pakar perubatan terpaksa menyedarkannya selepas dia mengalami serangan jantung. Dia dimasukkan ke ICU selepas mengalami serangan jantung kali kedua sebelum meninggal dunia keesokan harinya.

“Bot itu telah dilarang untuk dipandu dan dua kru diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk disoal siasat,” kata pihak berkuasa maritim Colombia, Dimar.

Pegawai di San Andres mengingatkan perenang supaya menjauhkan diri daripada bot yang bergerak dan memberitahu kru jika mereka ingin terjun ke dalam air.


Sumber: Kosmo





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 5-12-2022 09:07 AM
Penat ye kalau bawak pelancong yang jenis degil macam ni... nak menjawab lagi, kena gantung kerja lagi, semua tergendala... masa meols holiday Tioman masa island hopping tmpt snorkeling pun ada tourist yang acah-acah dah pro berenang, tak nak pakai life jacket,berenang jauh-jauh dalam-dalam.. hujung-hujung semput tak larat nak berenang balik ke bot tercungap-cungap lambai tangan nak tenggelam dah... lorattt.... pastu buat muka bengang sepanjang trip.. kacau mood semua org... hanjenggg@
Quote kakikuDibibirmu 5-12-2022 09:35 AM
Terjun tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak
Quote boo07 29-11-2024 08:04 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Quote boo08 5-12-2024 08:36 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Quote boo04 9-12-2024 08:36 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.071097 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top