CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wujud Sindiket, Kartel Monopoli Antara Penjawat Awam Seleweng Projek Kerajaan

4-12-2022 11:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2264| Komen: 21

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan wujud sindiket dan kartel monopoli antara penjawat awam dan kontraktor swasta bagi menyeleweng wang daripada projek kerajaan.


Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khasnya, Datuk Tan Kang Sai berkata berkata, kes penyelewengan itu menarik perhatian ramai pihak kerana individu yang terbabit bukan setakat kakitangan peringkat bawahan, malah turut melibatkan pegawai kanan di sektor awam.

Beliau berkata, tidak terkecuali pegawai penguatkuasa dengan penerimaan suapan berbentuk wang tunai dan barangan bernilai.

Katanya, berdasarkan fakta kes, didapati tidak cukup dengan suapan yang diterima, malah, semakin tinggi nilai projek, semakin besar habuan yang mereka (penjawat awam) akan terima.


Gambar hiasan


"Jika diimbau kembali kes-kes berkaitan yang pernah disiasat oleh SPRM, isu sedemikian didapati telah lama wujud.

"Modus operandi penyelewengan yang menyebabkan ketirisan dana kerajaan dilakukan secara segerombolan dalam kelulusan kontrak projek kerajaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kang Sai berkata, pada bulan Oktober lalu, SPRM menahan 11 individu termasuk anggota polis dan penjawat awam kerana disyaki terbabit sindiket pengurangan saman trafik sejak 2016 membabitkan transaksi wang lebih RM5 juta.

Katanya, seterusnya, pada bulan September, SPRM telah menyerbu pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menjalankan siasatan berkaitan kes projek tebatan banjir mega bernilai ratusan juta ringgit.

Susulan serbuan itu, kata beliau lapan individu iaitu tujuh pegawai MBSA dan seorang kontraktor telah ditahan reman untuk membantu siasatan kes itu.

"Mereka dipercayai bersekongkol bersama syarikat kontraktor yang juga sindiket kartel projek bagi membolot projek bernilai puluhan juta ringgit di sekurang-kurangnya empat daerah di Selangor sejak 2012 lagi.

"Fakta kes menunjukkan pegawai daerah di Selangor itu dipercayai menerima suapan dengan anggaran melebihi RM100,000 dalam pelbagai bentuk seperti wang tunai, pengubahsuaian rumah, deposit kereta dan bayaran perubatan," katanya.

Justeru, katanya SPRM menyambut baik ketegasan kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengizinkan berlakunya ketirisan dan rasuah dalam setiap urusan pentadbiran.

"Ini termasuk soal peraturan dan kelulusan perolehan tanpa tender yang tidak lagi dibenarkan," katanya.

Beliau menegaskan menerusi beberapa kes pembongkaran jelas menunjukkan ada keperluan melakukan penambahbaikan terhadap tatacara atau sistem dan prosedur dalam pemberian projek di sektor awam.

Katanya, langkah itu bagi menutup ruang dan peluang rasuah, khususnya projek mega yang membabitkan kepentingan awam.

Ini kerana, katanya sekiranya isu berkenaan tidak ditangani dari peringkat akar umbi, ia bukan saja mencalarkan imej penjawat awam secara menyeluruh malah akan menjejaskan pembangunan serta ekonomi negara.

Dalam masa yang sama, katanya bagi memastikan isu kartel projek diatasi khususnya dalam sektor awam, setiap pihak perlu memainkan peranan penting iaitu menjadi mata dan telinga kepada SPRM.

Ini kerana katanya tanpa maklumat yang disalurkan, sukar bagi agensi itu untuk mengambil tindakan selanjutnya untuk mengekang aktiviti berkenaan.

"Perlu diingatkan bahawa kegagalan untuk melaporkan rasuah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 25 Akta SPRM 2009.

"Masyarakat tidak perlu takut untuk melaporkan kegiatan rasuah kepada SPRM kerana suruhanjaya ini akan sentiasa memastikan kerahsiaan maklumat yang diberi.

"Identiti pemberi maklumat juga akan dilindungi serta tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak dalam apa jua keadaan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010," katanya.

Beliau berkata, laporan, aduan atau maklumat boleh disalurkan kepada mana-mana pejabat SPRM yang berdekatan, atau orang ramai boleh menggunakan tiga kemudahan platform aduan yang disediakan talian bebas tol: 1-800-88-6000; portal aduan: https://portaladuansprm.gov.my/ dan Aplikasi smartphone: MACCMobile


Sumber: BH Online





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 5-12-2022 03:47 AM
Dah berapa lame pn
Quote bondeh 5-12-2022 08:55 AM
Lahhhh dah lama jadi. Dah sebati. Pastu bila anak2 engkorang sakit kronik, tak fikir plak engkorang bagi makan hasil dari mana. Choizessssahhhh
Quote Denco 5-12-2022 09:08 AM
Edited by Denco at 5-12-2022 09:10 AM

bodohnya kau ni...baru skrg ke nak memekak?

kartel sebenar dh didakwa belum?
Quote pp_gurl 5-12-2022 09:09 AM
jgn kejut harimau tidur kekdahnya
Quote epullipan 5-12-2022 09:19 AM
benda dah lama tau..baru skang nak dedah ke..lepas bang non ckp nak perangi rasuah
Quote airmineral 5-12-2022 09:36 AM
penjawat awam negeri ke federal?
federal mcm susah sket nak songlap kot kalau negeri mcm lagi sng bocor..
Quote airfilterkotor 5-12-2022 11:13 AM
Beliau menegaskan menerusi beberapa kes pembongkaran jelas menunjukkan ada keperluan melakukan penambahbaikan terhadap tatacara atau sistem dan prosedur dalam pemberian projek di sektor awam.


Dah buat ke belum?
Quote green~tea 5-12-2022 11:37 AM
airmineral replied at 5-12-2022 09:36 AM
penjawat awam negeri ke federal?
federal mcm susah sket nak songlap kot kalau negeri mcm lagi sng bo ...

yea... agensi2 tu.. mcm bawah MAFI tu ape ke nama agensi... DVS, DOA, etc

bersepah little napoleons dalam tu...


lagi satu yang import2 daging lembu brazil siap tampered logo halal.. choyyy
Quote blue_blur 5-12-2022 12:35 PM
SPRM, kalau lemah bab jatuhkan hukuman, tak perlu sembang lebih..
fokuskan ke tujuan asal kau tu wujud, mencegah. cegah.

kaji balik system2/loophole yang dah berdekad dimanipulasi dari level sekolah sampai ke kementerian yang tak libatkan payung (serkap ajek). beri saranan agar menyukarkan atau memudahkan trace segala transaksi.

main point, mengekangkan generasi muda sangkut dalam dunia rasuah, kedua, mengekang pewaris rasuah kekalkan empire kartel rahsuah dia.
Quote Sazreena 5-12-2022 02:32 PM
Agensi ko pun lemah..
Quote KamikuP 5-12-2022 03:19 PM
Itu sbb dpt anak tak 'menjadi' sbb makan benda haram.. puikk
Quote MengkuduMasam 5-12-2022 03:53 PM
dah lama mende ni ade...

pegawai gomen jd insider info brapa harga/spec segala...

pastu sykt masuk tender sampai 7-8 sykt... tp tokey yg sama/proxy...

tender slalunya mesti dpt kat depa ni...

yg jujur masuk tender dgn telus mmg susah nak lekat.. 1 vs 7-8 harga...
mane maunya...
Quote boo07 29-11-2024 08:04 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Quote snowflakes 29-11-2024 08:10 AM
Depa ni la yang menyukarkan kerajaan nak perform sebenarnya... sabotaj dari dalam
Quote boo08 5-12-2024 08:36 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Quote white_musk 5-12-2024 10:07 AM
kawan akak bagi tips, kalau adik2 tanya sesiapa dalam gomen (cobtohnya gomen Ireland) tu pernah mengambil duit tepi,
jika jawapannya "tak pernah" maka, sebenarnya dia pernah ambil...
kalau dia sertakan sekali dalil2 ayat ayat suci, maka, itu adalah dia ambil laaaaaaaagi banyak...  

Quote n3ar 5-12-2024 11:16 AM
open secret....

SPRM pun.....hmmmm.. malas nak komen lebih
Quote blekkep 5-12-2024 10:46 PM
check skali website2 gomen yg hauk walopun bajet puluh ratus juta...check skali apsal comp yg sama jahhh yg dpt tender sana sini walopun hasil haukkkkkkk
Quote blekkep 5-12-2024 10:48 PM
MengkuduMasam replied at 5-12-2022 03:53 PM
dah lama mende ni ade...

pegawai gomen jd insider info brapa harga/spec segala...

dh dpt tender pastu gi sub pulak kt comp lain kasik bajet kecik..untung atas angin..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.149392 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top