CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiba-tiba Belok Masuk Kedai, 'Mokcik' Maut Dirempuh Motosikal

4-12-2022 10:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2380| Komen: 23

Seorang wanita warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah lagi motosikal sewaktu sedang membelok masuk ke kawasan kedai di Jalan Loji Air Kelar, di sini kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi, mangsa, Hashanah Awang Kechik, 63, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kepala.


KEADAAN motosikal mangsa selepas dirempuh sebuah lagi motosikal di Jalan Loji Air Kelar, Pasir Mas, Kelantan. - FOTO/IHSAN POLIS

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dari arah Pasir Mas ke Tanah Merah.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan secara tiba-tiba membelok ke kanan untuk masuk ke sebuah kedai yang berada di bahu jalan.

“Insiden itu menyebabkan sebuah motosikal jenis Yamaha YZF-R6 yang ditunggang seorang lelaki berusia 52 tahun dari arah bertentangan tidak sempat brek sebelum merempuh mangsa.

“Wanita itu mengalami cedera parah pada kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penunggang sebuah lagi motosikal hanya cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas di sini untuk proses bedah siasat.

Katanya, siasatan lanjut mendapati, nahas dipercayai berpunca daripada kecuaian mangsa yang membelok ke kanan secara tiba-tiba.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. 


Sumber: UTUSAN





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 5-12-2022 05:08 AM
Mak aih..tibe2 je.nak ke kanan terus masuk? Adoi makcik...
Quote sukacactus 5-12-2022 05:24 AM
Ini agaknya dlm kepala terlintas nak membeli something bila ternampak kedai
Tak sempat apa terus belok
Quote sangbara2020 5-12-2022 08:37 AM
innalillah....semoga tenang disana
Quote Thunderclouds 5-12-2022 09:00 AM
Innalillah...salam takziah
Quote Cassieopeia 5-12-2022 09:03 AM
innalillahiwainnailaihirojiun
Quote mamajawie 5-12-2022 10:12 AM
kesian makcik..da trauma orang yg langgar makcik tu walaupun makcik yg salah..anak2 dia mana la umo da 60++ masih bagi omak ehh gi kedai naik moto lak tu..
Quote venom1 5-12-2022 10:13 AM
roh makcik tu mesti dah sampai kedai tu beli barang dan baru sedar dia dah di alam lain.
Quote grouper 5-12-2022 10:15 AM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun..org tua mmg pikiran x alert dah
Quote ctaz 5-12-2022 10:17 AM

innalillahiwainnailaihirojiun
Quote Cyempaka 5-12-2022 10:42 AM
Org tua2 kata ajal dok panggil. Dia meluru pegi xtgk keliling dah. Kesian pakcik yamaha xpasal2 eksiden
Quote adawiyah_hakim 5-12-2022 11:27 AM
innalillahiwainnailaihirojiun
Quote stroberi_80 5-12-2022 12:42 PM
Innalillahi wainna ilaiji rojiun.
Quote kelip2_07 5-12-2022 12:54 PM
mmg la org tua klu naik moto suka2 ati jer konar sana sini bl kita hon dia mrh kita bli



yg muda cara yg muda
Quote iammummy 5-12-2022 01:13 PM
innalillahiwainnailaihirojiun..
Quote Travelo 5-12-2022 01:44 PM
mati katak...ada lesen ke tak ni...
Quote matamata 5-12-2022 01:52 PM
Entah pakai helmet ke tidak niiiii?
Quote boo07 29-11-2024 08:04 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Quote Buritan 5-12-2024 08:43 AM
sukacactus replied at 5-12-2022 05:24 AM
Ini agaknya dlm kepala terlintas nak membeli something bila ternampak kedai
Tak sempat apa terus bel ...

Tiba tiba teringat cucu nak jajan.. ape oun takziahlaa
Quote sukacactus 5-12-2024 11:30 AM
Buritan replied at 5-12-2024 08:43 AM
Tiba tiba teringat cucu nak jajan.. ape oun takziahlaa

Lahhhh… thread 2 tahun lepas yg u reply ni sis

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.123034 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top