CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai Polis Israel Dipenjara 18 Bulan Kerana Bawa Peluru Hidup Ke Thailand

4-12-2022 09:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1103| Komen: 7

Seorang pegawai polis Israel dijatuhi hukuman penjara 18 bulan Jumaat lalu kerana tiba di Thailand dengan membawa peluru hidup di dalam beg miliknya, lapor portal berita Thaiger semalam.


Sebelum ini, Gal Shmuel Farjun ditangkap pada Oktober lalu di Lapangan Terbang Phuket dengan dua kelopak peluru dimuatkan di dalam beg pakaiannya. Lelaki berusia 29 tahun itu mendakwa telah meninggalkannya di dalam begnya secara tidak sengaja.


Farjun dihukum penjara 18 bulan pada Jumaat lalu kerana membawa peluru hidup di dalam begnya baru-baru ini. - Thaiger

Kementerian Luar Israel berharap Farjun akan dihantar pulang dan bukannya dipenjarakan memandangkan dia tidak mempunyai sebarang rekod terlibat dengan jenayah di Israel.


Dia sebelum ini menjalani hukuman tahanan rumah sejak diberkas di lapangan terbang Phuket pada 22 Oktober lalu kerana membawa peluru tersebut di dalam begnya.

Tidak dijelaskan bila hukuman penjara tersebut akan bermula, manakala salah seorang saudara Farjun memberitahu akhbar harian Israel, Yisrael Hayom bahawa keluarganya terkejut dengan keputusan mahkamah.

“Semua orang terkejut. Gal (Farjun) adalah seorang yang baik. Kami cuba untuk tidak memikirkan kemungkinan dia akan duduk di penjara, tetapi ia menjadi sukar,” ujarnya. 


Sumber: Kosmo





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 5-12-2022 10:07 AM
entah2 agent massage ada , bila kena tangkap claim polis
Quote kakikuDibibirmu 5-12-2022 10:12 AM
Farjun tu kata terbitan untuk Faraj bukan? Mengaku sahajalah
Quote Decaffeinated 5-12-2022 10:14 AM
Oklah 18 bulan in paradise. Enjoy it.
Quote Sazreena 5-12-2022 02:37 PM
Lepas 18 bulan..farjun bertukar jadi farjunah.
Quote boo08 5-12-2024 08:37 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?
Quote pejol 5-12-2024 02:23 PM
semoga kene hentak ler kat dalam tu
Quote boo04 9-12-2024 08:37 AM
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.056751 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top