CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekumpulan Aktivis Buat Hal Diheret Keluar Dari Restoran Salt Bae

4-12-2022 09:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1774| Komen: 14

Sekumpulan aktivis diheret keluar dari restoran stik mewah milik Salt Bae di tengah London selepas melancarkan protes di restoran berkenaan petang semalam.

Menurut portal metro.co.uk, kejadian tersebut berlaku di restoran Nusr-Et, di Knightsbridge milik chef terkenal Turkiye, Salt Bae yang tular kerana gaya istimewanya menabur garam pada stik.


GB News

Kumpulan Animal Rebellion menghantar lapan aktivisnya untuk mengadakan protes ‘duduk’ di restoran stik tersebut tanpa membuat sebarang pesanan makanan.

Aktivis berkenaan dilihat duduk di meja yang ditempah pelanggan lain sambil memegang replika menu yang menggariskan permintaan kumpulan tersebut.

Video yang disiarkan oleh kumpulan aktivis haiwan itu menunjukkan seorang ahli kumpulannya sedang dibawa keluar oleh kakitangan premis itu.


National World

Bunyi sorakan kuat didengari di dalam restoran berkenaan ketika kakitangan mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada aktivis itu.

Polis Metropolitan dilaporkan tiba di tempat kejadian tetapi mengesahkan penunjuk perasaan sudah meninggalkan restoran berkenaan.


Sumber: Utusan





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 4-12-2022 09:20 PM
Team vegan ke tuu?
Quote sharlenetexas 4-12-2022 09:20 PM
Tak dinyatakan tujuan aktivis tersebut memprotes. Bantah makan daging?


Quote pooh~key 4-12-2022 09:30 PM
Chuols perasan tak, golongan vegan ni semuanya mentally unstable kan sis?
Quote pooh~key 4-12-2022 09:30 PM
I mean like why is that sis?
Quote zorrro_03 4-12-2022 09:48 PM
Puak2 bodoh sombong.  Vege ni semua kau tak makan daging lantak korang lah.  Tapi Jgn tunjuk bodoh merata.  Semak laaaa.  
Quote airfilterkotor 4-12-2022 09:55 PM
Screenshot_2022_1204_215022.png
Screenshot_2022_1204_215053.png
Quote KamikuP 5-12-2022 10:46 AM
pooh~key: Chuols perasan tak, golongan vegan ni semuanya mentally unstable kan sis?


Haah perasan la cyst, depa ni mental disable ubatnya kene hantar Tanjung Rambutan biar doktor bagi renjatan letrik kat kepala otak depa kasi tune balik.. ekekeke

Quote Simunggu 5-12-2022 10:55 AM
lepas makan makanan hijau, tumbuhan pula terancam....pindah pula makan daging....

bijak bijak...anak sapa pula ni..
Quote epullipan 5-12-2022 11:34 AM
aktiviti membantah makan daging ditabur garam yang terkena peluh ditangan chef terkenal semasa menabur garam kot
Quote shernazz 5-12-2022 01:15 PM
Makan sayur je
Pastu tibe2 nak rasa daging..buat la daging dari soya...
Eh eh..teringin nak.makan daging plak ke


Haha...ni apa yang iols tengok kat rak2 frozen food.lah
Quote Sazreena 5-12-2022 02:39 PM
Asal ko x bantah kat mekdi yg dah sah-sah jual daging ayam, lembu dan babi.
Quote TomyamPuteh 5-12-2022 02:58 PM
Nk tnya sikit blh? Salt Bae tu Muslim ke?
Quote liyamariska 5-12-2022 03:28 PM
Edited by liyamariska at 5-12-2022 03:29 PM

Nape ai cm terpikir yg aktivis ni diupah utk sabotaj chef ni...

Ataupn ni salah satu cara marketing restoran ni..
Quote boo08 5-12-2024 08:37 AM
Ðð ¥ðµ wåñ† mê †ð?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.057234 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top