CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jiran Lelaki Liwat Remaja Lelaki Lembam Sampai Lima Kali Di Ladang Kelapa Sawit, Ugut Nak Bunuh Keluarga Kalau Pecah Rahsia

3-12-2022 02:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 971| Komen: 7

Bandar Baharu: Angkara nafsu, seorang lelaki hilang pertimbangan apabila dia tergamak meliwat jirannya di ladang kelapa sawit di sini, bulan lalu.

Perbuatan itu terbongkar apabila mangsa yang juga remaja lelaki berusia 16 tahun dan pelajar Tingkatan Tiga menceritakan kejadian menimpanya kepada guru kelas, Khamis lalu.

Difahamkan, jirannya mengambil kesempatan terhadap mangsa yang juga pelajar lembam dengan membawanya ke lokasi jauh dalam ladang kelapa sawit sebelum melakukan perbuatan keji terbabit.


Gambar Hiasan

Mangsa mendakwa diliwat sejak 20 hingga 25 November lalu oleh suspek yang turut mengancam membunuh seluruh keluarganya jika remaja itu membocor rahsia.


Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati remaja lelaki berkenaan menceritakan kejadian kepada guru kelasnya yang kemudian memaklumkan perkara terbabit kepada bapa mangsa.

"Bapa mangsa hadir ke sekolah dan lelaki berusia 56 tahun itu yang curiga serta tidak berpuas hati dengan kejadian menimpa anaknya itu membuat laporan polis.

"Susulan daripada itu, suspek berusia 20 tahun yang juga pekerja swasta diberkas dalam serbuan di sebuah rumah dan dia kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan," katanya yang ditemui selepas meninjau proses pengundian awal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Parlimen Padang Serai di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, di sini, hari ini.

Wan Hassan berkata, hasil keterangan awal mangsa mendakwa dia dipaksa suspek melakukan perbuatan sumbang itu sebanyak lima kali dalam ladang kelapa sawit terbabit.

"Mangsa tidak berani menceritakan kejadian berkenaan kepada sesiapa kerana suspek sebelum itu mengugut mahu membunuh semua ahli keluarganya jika dia membocorkan rahsia.

"Pemeriksaan mendapati mangsa belajar di kelas khas kerana mempunyai masalah dalam pembelajaran dan dia turut dibawa ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan lanjut," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 5-12-2022 09:43 AM
gampang betul! ni mesti jenis gayah pedo muka macam sial, takpun gayah tak laku dekat apps gayah, dia balun budak-budak...sial betull budak oku pulak tu... kalau sangap sangat kau lancap sendiri je lah pukimak!!
Quote Sazreena 5-12-2022 07:26 AM
Ni la punca gaduh berketurunan. Anak jiran pun jadi bahan.
Quote gideoncross 4-12-2022 10:14 PM
Tu dia, pedo gayah gayahan, slayaknya d hamun brjmaah.
Quote Carcosa 4-12-2022 09:15 PM
Jantan sangap mcm tu nnti dlm jail, cuba bwk dia plk ke cell yg paling hujung, then ranap kan lobang taik dia dgn abg2 prisoner yg besar2
Quote mamajawie 4-12-2022 12:07 PM
Bodo punya gay orang oku pun ko sebat..jilaker punya ummah eljibiti
Quote buapakperut 3-12-2022 09:55 PM
Jiran celaka. Moga anusnya disesah dengan pelepah sawit
Quote KamikuP 3-12-2022 03:15 PM
Hoh.. cer tepek gamba peliwat dan yg diliwat tu utk kajian netizen

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.172283 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top