CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Muka Kesian Je, Watak Wanita Tertindas Dan Teraniaya Sinonim Dengan Uyaina Arshad

3-12-2022 02:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1283| Komen: 4

Pemilihan pelawak mengendalikan program televisyen tidak sepatutnya dijadikan isu kerana mereka juga berbakat dan kebolehan sebagai pengacara.

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, 30, berkata industri seharusnya lebih terbuka dengan meraikan mereka yang berbakat, pada masa sama memperbanyakkan platform pencarian pengacara baharu untuk dijadikan pelapis.


Foto: IG

“Tidak salah ambil pelawak menjadi pengacara. Namun, tentu lebih menarik jika kita mempunyai lebih banyak platform untuk melahirkan pelapis pengacara yang berkualiti.

“Sebelum ini, ramai yang bertanya bagaimana mahu melangkah masuk dalam industri. Saya dulu bernasib baik kerana berpeluang menyertai program Pencarian Nona Manis di TV3 dan Puteri Muslimah Asia di Indonesia,” katanya.




Dalam perkembangan lain, Uyaina berkata, dia ingin lebih serius dalam bidang lakonan dan mengimpikan watak mencabar untuk menyerlahkan lagi bakatnya.

Katanya, sebelum ini, dia sering diberikan watak wanita tertindas dan teraniaya yang seolah-olah sudah sinonim dengan dirinya.



“Saya impikan watak yang lebih mencabar atau babak aksi kerana saya sememangnya lasak dan gemarkan sukan ekstrem.

“Banyak pengalaman, ilmu dan cabaran yang saya lalui bersama Wanita Hari Ini (WHI) sejak tujuh tahun lalu,” kongsinya.

Uyaina pernah membintangi drama Lelaki Kiriman Tuhan, Curi-Curi Cinta, Sara Sajeeda, Perempuan Tanpa Dosa dan Lockdown 2. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Hoshhi 3-12-2022 02:57 PM
Tak payah berlakon la wei. Tak best pun kau berlakon. Jaga je anak engko tu
Quote Perawankota 3-12-2022 05:42 PM
OK nanti kitrg tunggu watak antagonist ko.. Tapi x nak watak perempuan jalang.. Dah ramai buat.. Buat watak psycho.. Klu berjaya, berjaya lah ye..
Quote virgocircus 3-12-2022 05:49 PM
Tu la tu..dlm PTD watak usu tu nmpk cam nak jadi jahat tp suci..aha x sampai... Sesuai jd isteri teraniaya je dia ni. Hihi
Quote akuHavocczz 5-12-2022 11:34 AM
watak paling sesuai dengan uyaina ni watak maid je.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.041373 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top