Datuk Hattan mengingatkan orang ramai terutama anak muda supaya jangan mudah percaya dengan tawaran pekerjaan atas talian yang menawarkan pelbagai kelebihan demi mengaburi mata.
Menurut pemilik nama sebenar Mohd. Shukri Shahabudin itu, anaknya, Adam Eiman, 24, menjadi mangsa terbaharu ‘scammer’ selepas memohon jawatan ditawarkan sebuah syarikat sehingga kehilangan wang simpanan di dalam bank. “Saya sakit hati sangat. Sekarang ini anak-anak muda kena berhati-hati kalau mahu mencari kerja kerana ramai penyamun menyamar dalam media sosial. “Jangan dilayan atau terpedaya dengan tawaran indah mereka. Semua itu penipu dan sekadar mahu mengaburi mata bakal mangsa.
“Saya kasihan dengan golongan muda yang cuba nasib cari kerja tetapi akhirnya ‘terkena’. Selepas pohon jawatan tiba-tiba diminta buat beberapa perkara dalam laman web. “Sedar-sedar habis duit dalam akaun. Letih budak kumpul duit dan berjimat, kemudian kena ‘scam’ dengan syarikat penipu,” katanya yang sudah membuat laporan polis. Sebagai Duta Anti-Scam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), penyanyi Biso Bona itu mengakui terkejut apabila anaknya sendiri menjadi mangsa.
|
kuzaime replied at 3-12-2022 04:30 PM
Scammer bab2 cari kerja? cam mana boleh terkena? Xde pulak dia cerita detail. Benda simple kot, be ...
Buritan replied at 3-12-2022 04:21 PM
Kira oklaa.. dulu ekau pun nipu org..
ADVERTISEMENT