CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Portugal Kalah Kepada Korea Selatan, "Ronaldo Sangat Pengecut, Takut Dengan Bola"

3-12-2022 01:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1780| Komen: 7

DOHA – Bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo mengalami mimpi ngeri dalam tempoh 45 minit pada perlawanan terakhir kumpulan H Piala Dunia di Qatar yang berkesudahan dengan pasukannya, Portugal tewas kepada Korea Selatan 2-1, lapor portal berita Daily Star pada Jumaat.


Ini kerana dia digelar sebagai pengecut di media sosial, menurut portal berita tersebut.

Dalam perlawanan itu, bola daripada sepakan sudut terkena badan bintang Portugal itu dan kemudian melantun ke arah Kim Young-gwon yang berada di belakangnya. 


Foto: AFP

Ronaldo yang berusia 37 tahun kelihatan hairan kerana rakan-rakan sepasukannya gagal untuk menghalang bola itu yang kemudian jatuh kepada Young-gwon sekali gus menyebabkannya membuat tendangan dan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-27.


Berikutan perasaan ragu-ragu terhadap kapten Portugal itu yang kemudian tersebar ke media sosial, seorang pengguna Twitter membuat ciapan di media sosial dengan menulis: “Ronaldo sangat pengecut, takut dengan bola.”

Pengguna kedua turut menulis: “Ronaldo membantu juga (mambantu Young gwon menjaringkan gol).” 

Dalam pada itu, pengguna ketiga turut bersetuju dengan menulis: “Ronaldo sebenarnya sudah selesai.”

Pengguna keempat kemudian membuat kesimpulan: “Ronaldo, apa yang anda cuba lakukan?”

Ronaldo berkata pernah menyatakan pada sidang akhbar kejohanan bola sepak Piala Dunia pertamanya sebelum ini: “Saya tidak perlu memikirkan apa yang orang lain fikirkan. Saya bercakap apabila saya mahu. Pemain mengenali saya dengan baik selama bertahun-tahun.” -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grouper 3-12-2022 01:57 PM
Peminat bola dah berpuak puak sbb Messi n Ronaldo. Bosan betul geng2 ni memekak kat socmed x abis2 nak jatuhkan imej pemain yg diorg benci bukan x suka je. Dh sama level diorg ni ngan geng kpop terutama army
Quote wikedsaikel 4-12-2022 10:39 PM
Apesal ronaldo kena kecam hal ni.
Quote kakikuDibibirmu 4-12-2022 11:00 PM
Memang lah dah Portugal tu cuma ada 42 orang perempuan jah
Quote KamikuP 5-12-2022 10:52 AM
Adakah CR akan bersara dari world cup?
Quote sufi^_^ 5-12-2022 10:57 AM
KamikuP replied at 5-12-2022 02:52 AM
Adakah CR akan bersara dari world cup?

Bersara jelah, takkan nak main sampai umur 40.

Bersara sementara masih disanjung.
Quote sekngucing 5-12-2022 10:59 AM
grouper replied at 3-12-2022 01:57 PM
Peminat bola dah berpuak puak sbb Messi n Ronaldo. Bosan betul geng2 ni memekak kat socmed x abis2 n ...

perlawanan bola sepak antara acara keramaian paling toksik dan merbahaya
Quote Decaffeinated 5-12-2022 11:01 AM
Cerita basi lah

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.040571 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top