Sering terima mesej kebencian, pelakon Shiqin Kamal, 31, ingin menapis tawaran watak selepas ini dan sebaiknya cuba elakkan untuk berlakon karakter jahat lagi.
Shiqin atau nama sebenarnya Nur Ashiqin Mohd Kamal berkata, dia bukan tolak rezeki sebaliknya ingin tunjukkan lagi sisi lainnya sebagai pelakon selain penat 'dibenci' orang ramai. "Ramai yang selalu tanya, kenapa saya tidak bawa watak baik dan asyik jahat saja. Saya selalu sangat dapat pelbagai mesej langsung (DM) di Instagram cakap macam-macam, tak suka saya dan benci tengok muka saya. "Bila dapat mesej begitu, memang saya tertekanlah juga sebab hampir semua nak benci saya. Bahkan, ada yang mesej sentuh pasal hidup saya, padahal tidak kenal pun siapa diri saya sebenar.
"Bermula tahun lalu, saya ada berbincang dengan pengurus untuk lebih menapis tawaran cari watak bukan jahat. Tapi bukanlah sampai tolak semua tawaran watak sebegitu, nanti tak kerjalah saya," katanya.
|
red_velvet replied at 3-12-2022 12:43 PM
Muka dia macam muka julia bakal bini doktor che hafiz duda si luftiak
slyfynx replied at 3-12-2022 12:07 PM
AKu sgt2 la x up to date dgn pelakon2 skrg.
So aku x termasuk yang benci tgk beliau, sbb aku kenal p ...
eely_shana replied at 3-12-2022 01:39 PM
Lagenda budak setan. Ambik watak LS lepas bedah muka.
eely_shana replied at 3-12-2022 01:39 PM
Lagenda budak setan. Ambik watak LS lepas bedah muka.
ADVERTISEMENT