CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Meerqeen Gaduh Teruk Dengan Ayah Sebab Larang Jadi Artis

3-12-2022 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2056| Komen: 10

Meerqeen, 21, mendedahkan dia pernah mengalami konflik dengan bapa sebelum menjejakkan kaki dalam industri hiburan.

Menurut aktor Melur Untuk Firdaus, pendapat yang tidak sehaluan membuatkan mereka bertikam lidah.

Foto: IG

“Perjalanan masuk ke industri susah juga sebenarnya, pada awalnya saya terpaksa menghadapi pelbagai halangan daripada keluarga, terutamanya ayah saya.

“Sejujurnya, dalam pelajaran saya sederhana. Tapi ada satu tahun ni setiap subject saya dapat 4 flat.

“Selama empat tahun, saya pernah pergi uji bakat untuk 10 kali dan kesemuanya ayah saya tahu.




“Cuma kali terakhir saya pergi uji bakat untuk Hero Remaja secara senyap tanpa pengetahuan ayah.

“Satu hari saya dapat panggilan mengatakan saya diterima masuk Hero Remaja dan dalam masa yang sama, saya dapat keputusan bagus dalam pelajaran.

“Saya sampai rumah saya bagi keputusan dan tawaran masuk Hero Remaja kepada ayah saya. Tapi sudah tentu masa tu dia (ayah) akan pilih pelajaran,” jelasnya menerusi sebuah podcast Studio Sembang dihostkan oleh aktres, Amelia Henderson.

Mengulas lebih lanjut, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam berkata sepanjang lima tahun dia cuba mencipta nama ‘M’ dalam industri seni.

“Satu hari ayah datang jumpa saya hari terakhir di kolej. Tanya saya betul ke nak masuk Hero Remaja. Saya cakap dengan yakin saya betul-betul nak sebab peluang sekali seumur hidup.

“Pada masa tu kami bergaduh teruk dihadapan pejabat kolej, lepastu orang semua tengok. Saya cakap dengan ayah saya akan buktikan pada dia.


“Bulan pertama dalam Hero Remaja tak ada sebarang impak sebab masih dalam penggambaran. Sejurus dah ditayangkan, ayah saya akhirnya terbuka mata. “Dia hantar message kEpada saya cakap saya buktikan tanggapan dia salah, dan dia sangat berbangga dengan saya.

“Saya cuba lima tahun untuk letak ‘M’ dulu dekat depan.  Sampai hari ini, ayah saya adalah penyokong utama dan penguat saya dalam industri,” jelasnya lagi.-CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kepot 3-12-2022 12:32 PM
ok.
dah bjaya skg now family akan join sume event dia.
Quote jambatannetizen 3-12-2022 01:03 PM
Ini memang betul. Ramai mak atau ayah larang anak2 jadi artis. Kata takda masa depan atau gaji takkan tetap.
Quote Kancilkering 3-12-2022 05:32 PM
risaukan anak…bagus lh ada mak ayah yg pantau…walaupun anak jantan…jgn buat macam macam merqeen…
Quote slyfynx 3-12-2022 06:08 PM
Hmmm, boleh cakap mcm ni masa laku.
Quote diamondhoney 3-12-2022 06:19 PM
Ayah heols siap set lagi kena kawen umo 30
Quote insyi81 3-12-2022 08:50 PM
diamondhoney replied at 3-12-2022 06:19 PM
Ayah heols siap set lagi kena kawen umo 30


lambat sgt tuu
Quote diamondhoney 3-12-2022 09:19 PM
insyi81 replied at 3-12-2022 08:50 PM
lambat sgt tuu

Logic la tengok dari gaya Ayah heols tak bagi jadi retis..kena bina kerjaya betul2..baru boleh settle down..anak sulong plk tu
Quote anilanil 3-12-2022 09:41 PM
Comelnya adik dia..
Quote insyi81 3-12-2022 11:24 PM
Edited by insyi81 at 3-12-2022 11:28 PM
diamondhoney replied at 3-12-2022 09:19 PM
Logic la tengok dari gaya Ayah heols tak bagi jadi retis..kena bina kerjaya betul2..baru boleh set ...


i rasa 25++ just nice..yess fhm anak sulung kan..hrpn klurga
Quote drivethru 4-12-2022 04:42 AM
Aku x kenal dia. X pernah tgk drama lakonan dia sbb jarang tgk dia. Tapi selalu dgr nama dia. Tgk biasa2 jer org nye. Cuma video swap challenge tu, baru nampak dia elok sikit.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.115247 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top