CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nordiana Risau Ada Babak Tentang Kisah Hidupnya Keterlaluan, Takut Orang Menyampah

3-12-2022 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1138| Komen: 3

Siti Nordiana mengakui bimbang jika timbul tanggapan negatif peminat apabila drama Aku Seorang Perempuan yang merupakan inspirasi kisah hidupnya mula bersiaran.


Bagi memastikan tidak timbul isu berbangkit, Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, 38, berkata dia banyak memberi panduan kepada pihak produksi agar paparan kisah tersebut tidak dilihat keterlaluan.


Foto: IG

"Memang ada babak yang sedikit keterlaluan dan membuatkan saya sendiri agak risau. Bagaimanapun itu semua kreativiti pengarah dan seni. Takkan orang nak tonton cerita yang mendatar sahaja.

"Saya hanya boleh memberi nasihat supaya babak itu tidak memberi aura negatif. Biarlah ia sampaikan kisah positif untuk memberi inspirasi kepada penonton," katanya kepada mStar.


Drama arahan Hashim Rejab itu juga merupakan garapan dari novel tajuk sama yang ditulis oleh Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.

Kata Nana, apa yang dicerita dalam novel itu lebih banyak berkisarkan tentang perjalanan dalam kerjaya dan tidak terlalu mengangkat hal peribadi.

"Dalam novel pun saya tidak secara terperinci. Saya tidaklah kongsi kisah peribadi. Apa yang diceritakan dalam novel hanya basic sahaja.

"Saya juga faham penonton sekarang sudah bijak. Mereka tahu jika ada yang keterlaluan itu adalah garapan pengarah untuk dijadikan sebuah drama," ujarnya.

Drama tersebut menampilkan pelakon Atikah Suhaime yang membawa watak Nana bernama Siti Nor Aisya.

Bagi mendalami watak, Atikah juga banyak bertanya kepada Nana supaya benar-benar dapat menyampaikan mesej kepada penonton.

"Saya percaya apabila watak ini dibawakan oleh pelakon lain ia menjadi lebih baik. Atikah ada kreativiti sendiri. Saya ini seorang yang pendiam, tapi dia hidupkan watak ini.

"Sebelum memulakan penggambaran Atikah ada berjumpa saya. Dia mendalami watak saya. Ketika penggambaran pun dia selalu hubungi untuk bertanya," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 3-12-2022 10:38 PM
Bila start tayang? Ke dah tayang?
Quote bedahmenjuyah 4-12-2022 06:02 AM
Hebat kau kak siap ada drama biografi senirik. Ctdk pun org tak buat lg. Btw baju merah tu buruk mcm terkecik size ke apa.
Quote bedahmenjuyah 4-12-2022 06:03 AM
Btw tikah terlalu cantik n moden utk jd ct nana penyanyi leman. Fans nana jgn marah iols k.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.027920 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top