CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

30 Perkara Yang Perempuan Tak Sempat Beritahu Lelaki

7-9-2015 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 11022| Komen: 31

Oleh Fyruz Hanna

Sejujurnya memang banyak perkara yang ingin diluahkan buat seseorang bernama kekasih. Namun, apabila mata bertaut tidak pula terucap kata-kata yang sememangnya menggambarkan perasaan dan hati seseorang wanita itu.

Mahu tidak mahu, pendam sahaja perasaan demi menjaga hati di dia dan demi menghangatkan kembali hubungan kita. Tambah pula sememangnya wanita itu sejenis makhluk yang tidak jua berani berkongsi rasa yang bukan-bukan namun aku mahu kau ketahui 30 perkara ini: -





1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki
lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
2

Bagus
12

Marah
21

Terkejut
8

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote audioslavefan 25-1-2008 08:56 AM
no 12 tu tak betul langsung. mcm pompuan gedik je
Quote vitamin_A 25-1-2008 09:14 AM
dh banyak kali baca la
Quote mybabyyou 25-1-2008 10:13 AM
no 27 tu tepat sekali....
Quote pluto 26-1-2008 10:13 PM
tentang lelaki pulak asyik wanita jer
Quote pluto 26-1-2008 10:14 PM
kalau lelaki kata kita hanya kawan jer maknaya kawan la sampai bila2 jer..........walaupun kita dah tak cari dia lagi but dia still cari kita maknanya kita setakat kawan jer lah yer
Quote sosimple 27-1-2008 02:10 PM
kenapa psl pompuan letak kat cnie...pttnya lg elok kalo letak kat ATM..... lg sesuai kalo lelaki yg baca....
Quote moist 28-1-2008 02:40 PM
Originally posted by pluto at 26-1-2008 10:13 PM
tentang lelaki pulak asyik wanita jer


tentang lelaki:

laki xkan paham ppuan sbb ppuan mmg susah nk paham..hahahaha
Quote biynio 29-1-2008 01:26 PM
pernah baca semua ni kt magazine mana ntah...

tp last skali tu mmg betul la...
Quote basiron 29-1-2008 02:00 PM
ade sesetangah rs mcm betul jer
Quote lemontea 29-1-2008 02:30 PM
bukan susah nak paham pompuan ni..boleh kalau nak....

tapi...kalau semua ttg pompuan ni lelaki paham..tak thrill lah pulak kan..?
lelaki kan sukakan cabaran...
Quote captain_f4 31-1-2008 10:59 AM
hemmmm...........   
Quote moist 31-1-2008 06:29 PM
Originally posted by lemontea at 29-1-2008 02:30 PM
bukan susah nak paham pompuan ni..boleh kalau nak....

tapi...kalau semua ttg pompuan ni lelaki paham..tak thrill lah pulak kan..?
lelaki kan sukakan cabaran...


aku ade baca kat mana ntah, die ckp..

wanita mampu mengenali 70% perihal lelaki dalam pertemuan pertama.
lelaki pula hanya akan mengenali 30% perihal wanita sehingga dia menjadi pasangan hidup. dan lelaki akan mengambil seumur hidupnya untuk mengenali baki 70% itu.
Quote Zaihasky 12-2-2008 01:39 PM
cam ada yang terkena
Quote nhid_tam 12-2-2008 01:57 PM
Originally posted by Zaihasky at 12-2-2008 01:39 PM
cam ada yang terkena


btoi 2 sis........
Quote tina 15-2-2008 11:41 PM
Originally posted by leogal_1428 at 25-1-2008 08:45 AM
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak
menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu me ...


huhuu...aku rasa macam betul je semua tu wlupon tak tepat.. hehee....

bagus kalau laki baca ni...tak yah sesusah nk bgtau..kalau tak paham gak..sabar jela...
Quote Poptu 16-2-2008 02:23 PM
no 15 tak brapa betul arr... mungkin pompuan tu tak bersedia nak jumpe lagi... takkan sebab x nak jumpe, maknanya pompuan tu tak berminat dgn laki tu.. mayb saje je test. tgk sejauh mana laki tu ikhlas ajak dia kluar.
Quote sherkmarch 17-2-2008 12:38 AM
Aku tgu ppuan bgtau aku sumer tu...
Quote chips_more 18-2-2008 01:29 PM
ehem..tumpang lalu..nk tambah sikit......

no.31....perkara yg pompuan tak sempat britau lelaki....apabila nk tercirit, saper2 pun tak sempat nk britau sesiapa...
Quote juju_amin84 18-2-2008 01:31 PM
x setuju gak ngn no 15 ...ekeke..
xkan nk kuar cam tu jerk....  ...knalah kenal lama2 skit ..hehehehe ...yg pntg pompuan still lyn dlm tepon ok lah..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.170671 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top