Tular video sekumpulan penumpang menunaikan solat fardu Subuh di dalam koc Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan menerima pujian ramai.
Video berdurasi 16 saat itu memaparkan empat lelaki mengangkat takbir, berdiri di belakang seorang imam yang mengetuai jemaah berkenaan. Mereka juga menghamparkan sejadah di atas lantai dan menunaikan solat dua rakaat di ruangan tengah antara kerusi penumpang. Menurut pemilik video yang menggelarkan diri sebagai Benteng Sejagat, solat Subuh berjemaah merupakan situasi biasa buat mereka yang menggunakan KTM untuk ke tempat kerja pada awal pagi.
Selain memuji contoh baik yang ditunjukkan, netizen turut meluahkan rasa sayu melihat kecekalan individu berkenaan keluar awal pagi untuk bekerja dan masih taat menjalankan kewajipan agama. Menurut laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, adalah dibolehkan untuk solat secara umumnya sekiranya seseorang itu berada di atas kenderaan. Sumber: mStar |
eyansss: soalan jujur, tak sempat ke kalau tunggu sampai ke destinasi untuk solat subuh?
eyansss replied at 3-12-2022 01:46 AM
soalan jujur, tak sempat ke kalau tunggu sampai ke destinasi untuk solat subuh?
gigahertz replied at 3-12-2022 11:58 AM
dah hujung hujung waktu tu. kalau awal awal tak ralat sangat kalau tetiba nampak matahari.
Zeatyisaac replied at 15-12-2022 04:50 PM
Tak sempat dik, kekadang naik train awal pagi, especially train barang bukan sejam dua perjalanan.
eyansss replied at 15-12-2022 03:40 PM
kiranya dia masuk train sebelum subuh n nanti sampai destinasi dah nak hujung2 waktu la eh... pah ...
ADVERTISEMENT