Wanita di Amerika Syarikat naik hantu apabila teman lelaki tidak membayar bil minuman, membuat dia menikam mangsa berkali-kali. Rekod mahkamah di Bexar County, San Antonio, Texas menunjukkan Cassandra Gutierrez minum di bar tempatan sebelum ke apartmen lelaki itu awal pagi semalam.
Lelaki itu dipercayai teman lelakinya berusia 42 tahun, berjaya melarikan diri walaupun ditikam dengan pisau dapur di leher, tangan kanan, kaki kiri dan belakang badan. Polis yang menemui lelaki itu mendapati mangsa mengalami pendarahan banyak. Jejak darahnya membawa polis kembali ke apartmen tempat pertengkaran dan kejadian malang itu berlaku.
Suspek berusia 30 tahun itu didakwa melakukan serangan teruk dengan menggunakan senjata maut yang diklafisikasikan sebagai jenayah tahap kedua. Dalam siasatan, wanita itu mendakwa dia bertindak sedemikian kerana lelaki itu tidak membantu membayarkan bilnya. Dia kini ditahan di Penjara Daerah Bexar dengan bon kira-kira 60,000 Pound Sterling (RM322,287.34). Tindakan kejam wanita itu menjadi perhatian dan perbualan hangat di media sosial. Sumber: Harian Metro |
ADVERTISEMENT