PETALING JAYA – Seorang pengusaha van sekolah merayu kepada guru sebuah sekolah, di Selangor, agar tidak menahan pelajar pada waktu balik kerana memberi kesan kepada dirinya dan pelajar-pelajar lain.
Luahan yang dimuat naik menerusi akaun Facebook, Rosli Lani, menjelaskan keadaan pelajar lain yang terpaksa pulang lewat gara-gara menunggu seorang pelajar ditahan oleh guru. “Saya minta guru jangan tahan murid waktu balik khususnya pada sesi petang. Minggu ini sahaja sudah beberapa kali saya terpaksa tunggu murid sebab lambat, gara-gara kena tahan dengan guru.
“Seorang lambat, semua pelajar jadi lambat sampai rumah juga. Minggu lepas seorang saya tinggalkan sebab ingatkan sudah balik, rupanya cikgu tahan. Terpaksa pelajar itu menghubungi ibu bapa dengan meminjam telefon pengawal keselamatan. “Kalau nak denda atas kesalahan apa pun, tolong cari alternatif lain, sebab kesannya kepada kami pengusaha van sekolah,” tulisnya di dalam hantaran tersebut. Jelasnya lagi, bukan niatnya untuk mencampuri urusan sekolah, tetapi sebagai pengusaha van, dirinya merasa bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan pelajar yang diamanahkan kepadanya. Di ruangan komen mendapati orang ramai, khususnya ibu bapa turut berpandangan yang sama dengan isu tersebut kerana perlu menunggu anak-anak dalam masa yang lama. “Yang ini saya setuju, banyak kaedah denda lain yang baik. Keselamatan pelajar harus diutamakan,” komen seorang netizen. “Ibu bapa bukan nak galakkan anak-anak murid langgar peraturan sekolah seperti lambat siap kerja sebagainya. Tetapi cikgu kena faham yang ibu bapa terkejar-kejar nak pergi ambil anak balik sekolah, dengan kesesakan lalu lintas lagi,” komen netizen yang lain pula. – CARI Sumber: Kosmo
|
KamikuP replied at 2-12-2022 03:35 PM
Yg ni meolls setuju ngan pakcik bas.
Ada hukuman yg lain bole cikgu laksanakan bukan takat tahan bal ...
zach2008 replied at 2-12-2022 04:16 PM
Aku pernah cakap kat cikgu sekolah anak aku.. nak hukum jgn la main tahan2 murid. Buat waktu belajar ...
pooh~key replied at 2-12-2022 07:45 AM
Wow akak yang benci budak ni pun terpikir nak seksa theols sebegitu sis. You go gurrlllzzz sis!
KamikuP replied at 2-12-2022 04:58 PM
Haloo cyst pooh-key... meolss ni bukan sistur yaachh.. meolss ni pakcik anak berderet derat taww.. ...
renko replied at 2-12-2022 03:44 PM
hukum balik cikgu tu
suh dia hantar murid tu ke rumah
supernaturalee replied at 2-12-2022 05:05 PM
oooo
sangat2 bahaya
a million ways bad can happen
ADVERTISEMENT