CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zaf Bengang Dipinggirkan Sebagai Ketua Kumpulan, Mohon Jangan Guna Nama VE Lagi

2-12-2022 02:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6258| Komen: 43

Kumpulan VE yang baru sahaja selesai persaingan di pentas Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) diminta tidak lagi menggunakan nama tersebut selepas ini.

Perkara itu ditegaskan oleh anggota kumpulan asal VE iaitu Zaf yang juga bertindak sebagai ketua sejak awal pertubuhan mereka.



"VE adalah VE. Nama, reputasi dan hasil kerja kumpulan itu dibina dengan susah payah. Jadi, cukup 11 minggu digunakan, adalah lebih baik bergerak ke hadapan sebagai kumpulan dan nama baru.

"Di sini saya mohon semua pihak menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka, kita saling menghormati dan semoga hubungan silaturahim tidak terus keruh," katanya.

Tambah Zaf, dia mengambil pendekatan untuk tidak bersuara sebelum ini kerana enggan menimbulkan sebarang salah faham atau kekecohan sepanjang GV9 berlangsung.



Fakhiz, Cham, Adeeb dan Hakim mewakili VE di GV9, Foto: mStar

Dalam masa sama, Zaf mendakwa dia tidak tahu apabila anggota baharu iaitu Fakhiz yang sepatutnya hanya mengggantikannya untuk GV9 diserap terus sebagai salah seorang anggota tetap.

"Saya yakin tidak ada masalah dan mereka mampu mencipta jenama baharu memandangkan sudah mempunyai kelompok peminat tersendiri.

"Saya selaku ahli asal dan ketua juga keliru sebab saya tidak tahu menahu perkembangan mereka malah diketepikan sepenuhnya termasuk membabitkan pengambilan ahli baharu.

"Fakhiz sebagai contoh, sepatutnya hanya sebagai pengganti saya, tiba-tiba saya dapat tahu sudah diserap sebagai ahli VE. Sejak bila dan atas persetujuan siapa?" jelasnya.

Dalam GV9, VE dianggotai oleh Adeeb, Cham, Fahkiz dan Hakim.

Salah faham antara mereka mula timbul apabila Zaf diketepikan oleh pihak pengurusan walaupun pada awalnya dia merupakan individu yang terlibat dalam perbincangan menyertai GV9.

"Saya yang pada asalnya berbincang dengan Astro mengenai penyertaan VE dalam GV9.

"Kalau ikutkan saya boleh muncul pada minggu tertentu seperti dibincangkan dan Fakhiz hanya akan menggantikan saat ketiadaan saya.

"Tapi keadaan jadi lain, malah saya tidak tahu menahu langsung perkembangan selepas itu termasuk pengambilan ahli baru," ujarnya.

Foto: mStar

Untuk rekod, ahli asal VE atau Voices Of Euphonious yang ditubuhkan sekitar 1997 ialah Zaf, Lah dan Shahir.

VE kemudiannya turut dianggotai oleh Damian dan Cham. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 2-12-2022 03:08 PM
ingatkan Dewasayu Bebird lEw tadi..
Quote KirazMevsimi 2-12-2022 03:13 PM
laaaa acane ni
Quote mizruncing 2-12-2022 03:18 PM
rumah dah siap pahat berbunyi. nak sgt VE tu hamik laa ko. create jelaa group lain sementara tgh panas ni. tiap mgu persembahan dorg pon not bad
Quote KamikuP 2-12-2022 03:34 PM
Patut le pihak pengurusan ketepikan si Zaf ni kekwat rupanya..  ada ke nak joint bila dia senang.. puik.. ekekek


"Kalau ikutkan saya boleh muncul pada minggu tertentu seperti dibincangkan dan Fakhiz hanya akan menggantikan saat ketiadaan saya.
Quote mamajawie 2-12-2022 03:39 PM
muka cam dewasayu acik2 pencen je gelenyar yg nk tgok muka ko tu yachhh..si fakhiz tu walaupun da kawen at least herlok la jugak eye candy..
Quote kucingitam 2-12-2022 04:00 PM
ve ni yang aku kenal Lah dgn Damian je..hang selaku ketua kelas awat tak menonjol sangat?
Quote virgocircus 2-12-2022 04:06 PM
Aku igt Lah ketua ve ni sbb sejak dari awal dulu dia yg menonjol. Hahaha
Quote dudaberhias 2-12-2022 04:07 PM
dah kertu dan dah basi pun dikkkkk... tu pun masih nak berebut nama kumpulan...
Quote bulalof 2-12-2022 04:10 PM
bukan ke dah join tabligh?
Quote asfaz 2-12-2022 04:10 PM
KamikuP replied at 2-12-2022 03:34 PM
Patut le pihak pengurusan ketepikan si Zaf ni kekwat rupanya..  ada ke nak joint bila dia senang.. p ...

Pastu duit kena bahagi 5 lah cmtu . Takleh bagi komitmen ,mmg ptutla diketepikan
Quote arffa 2-12-2022 04:11 PM
Zaf ni bukan ke dah jadi islamik ke? Masih nak join show biz ke? Kalau setakat nak nama VE tapi tak aktif what for?
Quote codenamedream 2-12-2022 04:17 PM
Sesuka hati dia nak join bila dia nak gitu?
Ntah2 management nak contact kau pun susah.
Angkat call bila nak angkat jer.
Ambik job bila kau nak je.
Member lain pun nak cari makan wei
Quote marchikobonzo 2-12-2022 04:22 PM
Lerr..apoo ikut suka kau je bila free boleh masuk, bila tak nak ganti orang. Paham maksud komitmen tak?
Quote annadonna 2-12-2022 04:51 PM
VE ni copyright milik siapa. Nampak mcm sesuka hati aje management dorang ni.
Quote doubleA 2-12-2022 05:19 PM
Lah ingatkan lah ketua. Btw mana boleh main ganti2 training bagai taknak join ke, konfiden nyanyi gitu je? Menyusahkan ahli kumpulan jela gtu
Quote ezacbee 2-12-2022 05:30 PM
Amik laa VE tu. Lah Ahmad pun xkisah.
Quote seripahzeripah 2-12-2022 05:51 PM
Sudahla..kau dulu pun ada isu duit dgn ve kan masa ve tgh top letop dulu..nmpak naw la motif kau tu
Quote supernaturalee 2-12-2022 06:00 PM
ada isi borang bagai ke
bunyi mcm formal sgt, pengambilan baru, serap lah ape bagai

btw sblm GV9, dlm single Tunggu yg dorg mng aim vokal berkumpulan terbaik tu
elok plk zi zaf ni ada sama









Quote supernaturalee 2-12-2022 06:01 PM
seripahzeripah replied at 2-12-2022 05:51 PM
Sudahla..kau dulu pun ada isu duit dgn ve kan masa ve tgh top letop dulu..nmpak naw la motif kau tu

isu duit?
mind to tumpahkan teh...

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.035872 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top