CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guan Eng Serah Pada Anwar, Tak Kisah Tiada Dalam Kabinet

2-12-2022 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1330| Komen: 13


Timbul dakwaan mengatakan Lim Guan Eng mungkin akan dikecualikan dari kabinet tidak mengganggu Pengerusi DAP, itu.

Guan Eng dalam satu hantaran di Facebook berkata, beliau menyerahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia adalah prerogatif Perdana Menteri untuk memutuskan pelantikan ahli Kabinet.


FB

“Saya telah ditanya berulang kali oleh media mengenai spekulasi akhbar bahawa saya tidak akan berada dalam Kabinet. Pelantikan Kabinet adalah prerogatif Perdana Menteri.

“Sama ada saya berada dalam Kabinet atau tidak adalah perkara kedua kepada kepentingan bahawa masa depan negara kita tidak boleh dicuri,” katanya.

Guan Eng turut menegaskan beliau bersedia berkhidmat demi kepentingan negara yang dianggap lebih utama.

“Izinkan saya menyatakan kesediaan saya untuk berkhidmat dalam apa jua kapasiti asalkan ia memenuhi kepentingan negara yang lebih besar.

“Asalkan kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri boleh terus berfungsi dan kekal stabil terhadap kuasa ekstremis yang cuba melemahkan dan menggulingkannya,” katanya.



Katanya, Pakatan Harapan layak berada dalam kerajaan selepas memenangi kerusi terbanyak dan undi popular terbesar pada Pilihan Raya Umum ke-15.

“Bersama-sama dengan Barisan Nasional dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak, Kerajaan Perpaduan ini mempunyai majoriti yang jelas yang mewakili kehendak rakyat bukan sahaja mewakili satu kumpulan tetapi setiap rakyat Malaysia dalam masyarakat kita yang pelbagai.

“Ini adalah Kerajaan Perpaduan Malaysia,” ujarnya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nizleen86 2-12-2022 03:08 PM
Betul tu...kluster mahkamah duduk diam2.
Quote kakikuDibibirmu 2-12-2022 03:14 PM
[youtube]dIOH8Trfas4[/youtube]
Quote KamikuP 2-12-2022 03:37 PM
Diam la ko tapi dlm hati' "Lantiklah aku..pilihlah aku"  puik ekekeke
Quote watatakut 2-12-2022 03:37 PM
“Sama ada saya berada dalam Kabinet atau tidak adalah perkara kedua kepada kepentingan bahawa masa depan negara kita tidak boleh dicuri,” katanya.


dulu dok ratib BN curi korup sana sini.sekarang dah cemolot nak ratib siapa pulak yg nak curi masa depan negara
Quote renko 2-12-2022 03:46 PM
bagus lau takde
Quote Kak-Rohana 3-12-2022 03:25 PM
Perjanjian apakah?
Quote MarryPottet 3-12-2022 04:51 PM
Nizleen86 replied at 2-12-2022 03:08 PM
Betul tu...kluster mahkamah duduk diam2.

Kluster mahkamah DAP takde dlm kabinet
kluster mahkamah umngok je yg ada dalam kabinet
Quote zidane_ziege 3-12-2022 04:58 PM
Makin meroyan la pentaksub PN
Quote mbhcsf 3-12-2022 05:00 PM
tak apa Guan eng , itu Nga Kor Ming ade lorr , Kementerian kerajaan tempatan tu...suruh dia kawal harga rumah sikit
Quote cashewnut 3-12-2022 05:18 PM
Ko kira pun bodoh lagi nak jadi muntri??? Tak layak, terowong tu apa crita??? Gugur kes ke??? Bawak masuk gang2 ke kementerian. Lagi banyak perabih duit lantik orang2 ko kan. Banjir pun mintak persekutuan. Itu tanda ko tak pandai manage.
Quote green~tea 3-12-2022 05:23 PM
Better laa diam2 kan dont rock the boat


Nnti kes kena cungkil balik.....
Quote jalfa 3-12-2022 05:59 PM
Sian x tersenarai...ke tok gong reject
Quote boo07 29-11-2024 08:10 AM
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.056873 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top