Iddin Ramli yang sering tular dengan ‘content’ nasihat berunsur dakwah menjawab tuduhan netizen yang menggunakan kata-kata kasar. Menerusi video dimuat naik di TikTok, penulis buku dan pempengaruh itu menjawab dakwaan dilontarkan seorang pelanggan yang berang setelah membeli buku berjudul Noktah Yang Memujuk.
Difahamkan, pelanggan berkenaan marah kerana buku tersebut lambat sampai dan meninggalkan review dengan kata-kata kurang sopan. “Kalau awak order buku saya hari Jumaat, saya akan post hari Sabtu. Tapi Sabtu kan hari cuti. “Jadi siapa yang order hari Jumaat kita akan post hari Isnin, tapi kebetulan Isnin tu Perdana Menteri kita umum cuti jadi saya post hari Selasa. Memanglah lambat tapi masalah itu kita tak dapat nak elakkan, kita pun bukannya robot hari-hari bekerja.
“Kita ada masa cuti dan masa bila nak kerja, kadang-kadang bila kita dah post courier yang lambat jadi siapa yang support saya, terima kasih banyak-banyak,” katanya. Meninjau ke ruangan komen, netizen bersimpati dengan Iddin dan ada yang berseloroh individu yang berang terhadapnya itu tidak sabar untuk mendapatkan buku tersebut kerana jiwanya tidak tenang. Sumber: Xtra |
ADVERTISEMENT